Subuh
5:40
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Amaran banjir, hujan berterusan di beberapa negeri M'sia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Amaran banjir, hujan berterusan di beberapa negeri M'sia

Johor, Melaka antara terjejas; pakar saran sistem pengurangan risiko bencana dipertingkat
Jan 03, 2022 | 05:30 AM

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan amaran tentang hujan berterusan di kebanyakan negeri sehingga esok sedang beberapa pakar berkata sudah tiba masanya bagi Malaysia mempunyai sistem amaran awal bencana yang lebih berkesan.

Menurut MET Malaysia, negeri yang dijangka terjejas ialah Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor serta wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Agensi cuaca itu telah meramalkan hujan lebat berterusan pada tahap bahaya berlaku di beberapa daerah di Johor semalam iaitu di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian dan Johor Bahru.

Jabatan itu juga memberi amaran hujan lebat berterusan sehingga hari ini di enam daerah di Pahang, lima daerah di Johor, sebahagian Sabah serta di Negeri Sembilan dan Melaka.

Ia juga memberi amaran bahawa hujan dijangka berterusan sehingga hari ini di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan beberapa bahagian di Perak.

Sementara itu, Kelantan, Terengganu, sebahagian Pahang dan beberapa kawasan di Sabah juga akan mengalami hujan berterusan sehingga esok.

Sedang sebilangan mangsa banjir masih membersihkan rumah mereka pada Tahun Baru, beberapa pakar berkata orang ramai mesti diajar cara bertindak balas terhadap bencana itu.

Pakar pengurusan bencana, Dr Khamarrul Azahari Razak, berkata sistem amaran awal tradisional (EWS) harus berkembang menjadi EWS pelbagai bahaya berasaskan impak seperti yang digalak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Pengurangan Risiko Bencana.

"Contohnya, meningkatkan keupayaan kerajaan negeri dan tempatan dari segi sumber, aset, teknologi bagi usaha mencari dan menyelamat dalam sekitaran kompleks, seperti pada waktu malam, hujan lebat atau tindak balas tanpa telekomunikasi," katanya, lapor The Star.

Beliau, yang juga Pengarah Pusat Persediaan dan Pencegahan Bencana Malaysia-Jepun Teknologi Institut Antarabangsa di Universiti Teknologi Malaysia, berkata semua EWS dan siren sedia ada perlu diuji dengan penglibatan masyarakat setempat selain sentiasa diselenggara dan dinaik taraf apabila diperlukan.

Untuk mengelak bencana serupa pada masa hadapan, Dr Khamarrul berkata Malaysia perlu melihat secara kritikal sistem pengurangan risiko bencananya.

"Bencana Lembah Klang 2021 bukan sahaja tertumpu pada banjir tetapi juga bencana akibat geologi, berkaitan dengan sedimen, empangan dan taufan," katanya.

Profesor alam sekitar, Dr Hafizan Juahir, berkata Malaysia mempunyai orang yang mempunyai set kemahiran profesional, baik di institusi awam dan swasta, untuk membangunkan sistem amaran awal sedemikian.

"Kita memerlukan sistem amaran awal yang berkesan dengan kos rendah dan mudah diselenggara supaya pemasangan dapat dipertingkat, khususnya di lokasi berisiko tinggi serta program latihan berterusan bagi rakyat," katanya.

Sementara itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan bahawa fenomena air pasang besar dijangka berlaku dalam tempoh empat hari bermula semalam sehingga Rabu.

Agensi itu berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan amaran kepada penduduk di pesisir pantai khususnya di negeri pantai barat Semenanjung Malaysia yang disaran lebih berwaspada terhadap fenomena air pasang besar.

Katanya, meskipun fenomena air pasang besar kali ini berskala lebih kecil berbanding November lalu, keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak.

"Situasi itu akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

"MET Malaysia dan JPS akan memberi pemakluman awal yang dikemaskini dari semasa ke semasa agar semua pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dapat bersiap siaga," umumnya dalam satu kenyataan semalam, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3