Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Mangsa banjir Johor terus naik

Jan 25, 2023 | 08:15 PM



JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri Johor meningkat kepada 4,368 orang dari 1,218 keluarga pada petang Rabu (25 Jan).


Pihak berkuasa telah memberikan amaran kepada beberapa kawasan dan daerah di Johor, Sabah dan Pahang untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir dan air pasang akibat monsun timur laut yang sedang berlaku.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Fungsi Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata bahawa dengan mengambil kira keadaan hujan semasa, daerah Muar dan Tangkak di Johor adalah antara lokasi yang diramalkan dilanda banjir tidak lama lagi.


Beliau turut menyatakan bahawa di Sabah, kawasan di utara dan pantai timur termasuk Pitas dan Kota Marudu berkemungkinan dilanda air pasang serta banjir.


Beliau berkata gelombang pertama dan kedua monsun berlaku pada Disember.


Walaupun tiada laporan rasmi daripada Jabatan Meteorologi Malaysia, hujan lebat diramal berterusan sehingga 30 Januari dan boleh dikategorikan sebagai gelombang ketiga.


Oleh itu, semua agensi perlu mengenal pasti kampung di mana penduduknya mungkin memerlukan pemindahan ke pusat pemindahan sementara, katanya.


Beliau menambah bahawa tumpuan ketika itu adalah untuk menyelaraskan semua agensi pengurusan bencana dan menyebarkan maklumat kepada mangsa terutama mereka yang berada di pusat pemindahan.


“Seterusnya adalah memastikan kebajikan dan kesihatan mangsa banjir melalui penglibatan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Kesihatan negeri,” kata beliau. - The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >