Subuh
5:58
Syuruk
7:17
Zuhur
1:20
Asar
4:40
Maghrib
7:22
Isyak
8:33

Amaran hujan lebat berbahaya dikeluarkan bagi Johor dan Sabah

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Amaran hujan lebat berbahaya dikeluarkan bagi Johor dan Sabah

Jan 26, 2023 | 05:30 AM

JOHOR BAHRU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya bagi Johor dan Sabah hingga hari ini.

Beberapa daerah dibanjiri air sungai yang kian meningkat akibat hujan lebat berterusan di enam daerah di Johor.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor menyatakan tengah hari semalam bahawa daerah terbaru yang dibanjiri ialah Muar dan dua pusat pemindahan sementara telah dibuka di sana.

Hujan lebat berterusan juga mengakibatkan tanah runtuh di Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau malam kelmarin. Ini menyebabkan penutupan jalan dari Felda Ulu Tebrau ke Tapak Pelupusan Sanitari Seelong.

Banjir itu juga menyebabkan empat jalan ditutup, iaitu Jalan Ladang Siang di Kota Tinggi; Jalan Senai-Gemas serta Jalan Jabi-Bukit Tempurung di Segamat; dan Jalan Sungai Tiram-Ulu Tebrau di Kulai.

Tiga sungai pula telah mencapai tahap bahaya (merah), dengan enam sungai mencapai tahap amaran (jingga).

Sungai yang mencapai tahap merah ialah Sungai Gemas and Sungai Segamat (berdekatan Segamat Kecil) di Segamat dan Sungai Kahang di Kluang.

Sungai yang mencapai tahap jingga ialah Sungai Segamat and Sungai Muar di Segamat; Sungai Sarang Buaya di Muar; Sungai Pontian Besar di Kulai; Sungai Endau di Mersing; dan Sungai Sembrong di Batu Pahat. Di Sabah, 251 orang terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara selepas hujan lebat berterusan mencetuskan banjir di tiga daerah di negeri itu.

Kelmarin, pihak berkuasa membuka tujuh pusat perlindungan banjir di daerah utara Kudat dan Pitas serta kawasan terpencil Paitan di daerah Beluran timur laut.

Bilik gerakan kawalan bencana daerah masing-masing turut diaktifkan pada masa sama.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata pihak berkuasa mula menerima panggilan kecemasan daripada penduduk kampung yang meminta bantuan untuk memindahkan mereka ke kawasan lebih tinggi selepas paras air mula naik di Kampung Sibaung di Pitas.

Penduduk kampung lain kemudian membuat panggilan serupa kepada pihak berkuasa selepas banjir semakin teruk di kawasan mereka.

Jurucakap itu menyatakan bahawa hingga pagi semalam, 251 orang dari 52 keluarga telah dipindahkan ke tujuh pusat perlindungan.

Mereka yang kehilangan tempat tinggal akibat banjir dihantar ke beberapa tempat, termasuk dewan Kampung Kubambangan dan Kampung Batangon Darat di Paitan.

Pihak berkuasa masih bersiap sedia untuk menyelamatkan serta menerima lebih ramai penduduk yang terjejas di pusat perlindungan, dengan laporan mengatakan mungkin lebih ramai mangsa perlu dipindahkan di Paitan dan Kudat. - The Star.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3