Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amaran kemungkinan kebakaran hutan di Sumatera, Kalimantan

Feb 27, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Pemerintah Indonesia mengeluarkan amaran kepada petani dan syarikat perladangan agar bersiap menghadapi kebakaran di Sumatera dan Kalimantan.



Ini berikutan kemungkinan berlaku cuaca kering berpanjangan di Asia Tenggara susulan corak cuaca El Nino, yang dijangka mengakibatkan musim panas berpanjangan.



Sumatera Tengah - lokasi di mana jerebu sering dikesan berarak ke Semenanjung Malaysia dan Singapura - biasanya mengalami cuaca kering dua kali setahun, sekitar Mac dan Oktober.



Ketua Agensi Kaji Cuaca, Iklim dan Geofizik, Dr Dwikorita Karnawati, berkata selepas tiga tahun berturut - 2020, 2021 dan 2022 - cuaca kebanyakannya basah, petani dan syarikat perladangan mungkin terperangkap pada 2023 dengan kemungkinan 50 peratus berlakunya El Nino.



"Hujan akan kurang bukan pada Oktober... sebenarnya, kami juga menyaksikan hujan kurang dalam Februari," katanya.



Beliau menarik perhatian cuaca kering sudah dialami di Riau, sebahagian Jambi dan Sumatera Utara, sebahagian Sulawesi dan barat laut wilayah Papua Barat.



Semua bahagian lain di Indonesia mengalami musim kering sekali sahaja, antara Mei dan September.



"Kita harus berwaspada, terutama di Riau dan Jambi, bagi kemungkinan berlaku kebakaran hutan dan kawasan perladangan," kata Dr Dwikorita.



Menurutnya, kejadian cuaca basah, atau La Nina, tiga tahun berturut-turut mendorong kebanyakan petani dan syarikat menggunakan kaedah tebas dan bakar bagi membersihkan kawasan perladangan.



Tetapi tindakan sedemikian tidak boleh dilakukan dalam keadaan cuaca sangat kering.



Indonesia mengalami masalah jerebu antara 1997 dan 2015 apabila petani dan syarikat perladangan mengamalkan kaedah tebas dan bakar.



Kebakaran pada 1997 dan 2015 sangat meluas, diburukkan oleh kemarau. Jerebu akibat kebakaran pada 2015 turut menyelubungi Singapura dan Malaysia. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >