Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amaran taufan di Korea Selatan

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



SEOUL: Korea Selatan telah mengeluarkan peringatan mengenai keadaan cuaca dan menaikkan amaran semalam, apabila taufan Hinnamnor semakin hampir dengan hujan lebat beserta angin kencang mula melanda bahagian selatan negara itu.



Taufan yang berarak arah utara pada kelajuan 19 kilometer sejam, dijangka menghempas kawasan 90 kilometer di barat daya bandar pelabuhan Busan awal hari ini, setelah melewati perairan Pulau Jeju tengah malam semalam.



"Angin terlalu kencang dan hujan lebat dijangka di seluruh bahagian negara sepanjang Selasa gara-gara taufan melanda.



"Sementara beberapa tempat dijangka dipukul ombak besar menjejas jalan-jalan raya di pesisiran pantai beserta ribut dan tsunami," menurut Pentadbiran Kaji Cuaca Korea (KMA).



Beberapa amaran telah dikeluarkan di bandar-bandar selatan negara itu termasuk Gwangju, Busan, Daegu dan Ulsan, seperti yang dikeluarkan di pulau selatan Jeju.



Pada Ahad kelmarin, Ibu Pejabat Pusat Mengatasi Bencana telah menaikkan amaran kecemasan taufan paling tinggi, buat pertama kalinya dalam masa lima tahun.



Bandar pelabuhan itu dan kawasan-kawasan berdekatannya telah mengalami hujan sepanjang hujung minggu, dan lebih banyak hujan diramalkan hingga ke hari ini.



Kelmarin, Presiden Korea Selatan, Encik Yoon Suk-yeol, mengadakan satu mesyuarat bersama beberapa penguasa untuk mengkaji semula sistem tindakan, sambil berjanji untuk mengusahakan sebaik mungkin bagi mengurangkan kerosakan akibat taufan ini.



Media tempatan melaporkan kelmarin bahawa tiga limbungan kapal negara itu - Korea Shipbuilding & Offshore Engineering, Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering, Samsung Heavy Industries - dijangka menghentikan operasinya hari ini.



Perusahaan lain seperti pengeluar besi waja juga dijangka menggantung operasi, sementara syarikat penerbangan utama seperti Korean Air Lines dan Asiana Airlines dilaporkan telah membatalkan penerbangan masing-masing selepas 12 tengah hari semalam (waktu Singapura). - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >