Ambulans terbakar di Perak

IPOH: Sebuah ambulans yang membawa empat kakitangan hospital terbakar di Kuala Kangsar, Perak, pada 8.59 malam Rabu (26 Oktober).

Kebakaran itu memusnahkan 80 peratus daripada kenderaan tersebut selepas api merebak dari bahagian depan ke dalam kabin ambulans.

Namun, tiada sesiapa cedera.

Kejadian itu berlaku sedang langkah-langkah keselamatan di hospital di Malaysia diteliti selepas kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Baru pada Selasa membunuh enam pesakit di unit rawatan rapi.

Kebakaran kedua berlaku di hospital itu pada Rabu, menjejas bilik pembedahan di wad kecemasan dan trauma. Ia kebakaran kecil dan segera dibendung.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam, berkata audit kebakaran akan dijalankan di semua hospital di Malaysia di bawah Kementerian Kesihatan, bermula dengan yang paling lama dan yang berisiko tinggi.

Ini perlu untuk mengelakkan kejadian seperti kebakaran di HSA, katanya.

"Hospital dan syarikat konsesi perlu membentuk satu jawatankuasa untuk meneliti cara menguruskan kebakaran jika ia berlaku. Dan ini termasuk pelan pemindahan."

Datuk Seri Dr Subramaniam mengaku ada banyak permintaan daripada hospital kerajaan untuk menaik taraf peralatan dan kemudahan perubatan tetapi tiada permintaan dibuat bagi prasarana. - The Star/Asia News Network

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
3 HR PSI: 24
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.