Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika, Australia gesa tentera Myanmar tarik balik keputusan

Feb 02, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON/SYDNEY: Amerika Syarikat dan Australia meminta pemimpin tentera Myanmar untuk membebaskan pemimpin sivil Cik Aung San Suu Kyi dan pemimpin lain yang ditahan dalam serbuan di negara itu semalam.



Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken, berkata Amerika meluahkan "keprihatinan dan kebimbangan besar" terhadap laporan penahanan pegawai pemerintah dan pemimpin masyarakat sivil.



"Kami meminta pemimpin tentera Burma (Myanmar) untuk membebaskan semua pegawai pemerintah dan pemimpin masyarakat sivil, serta menghormati kehendak rakyat Burma seperti yang dinyatakan dalam pemilihan demokratik pada 8 November.



"Amerika Syarikat berdiri bersama rakyat Burma dalam aspirasi mereka bagi demokrasi, kebebasan, perdamaian, dan pembangunan. Tentera mesti menarik balik tindakan ini dengan segera," kata Encik Blinken.



Cik Suu Kyi dan Presiden Win Myint ditahan pada awal pagi semalam sebagai sebahagian daripada tindakan rampasan kuasa, setelah Liga Nasional Demokrasi (NLD) memenangi pilihan raya.



Pilihan raya Myanmar pada November lalu ialah pilihan raya demokratik kedua diadakan di negara itu sejak ia muncul dari cengkaman tentera selama 49 tahun pada tahun 2011.



Rumah Putih memberi amaran mengenai tindak balas dari Washington.



"Amerika Syarikat menentang segala usaha untuk mengubah keputusan pilihan raya baru-baru ini atau menghalang peralihan demokratik Myanmar, dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab jika langkah-langkah ini tidak ditarik balik," kata jurucakap Rumah Putih Jen Psaki dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa Presiden Joe Biden telah diberi taklimat mengenai situasi tersebut.



Amerika "menggesa tentera dan semua pihak lain untuk mematuhi norma demokratik dan aturan undang-undang, dan membebaskan mereka yang ditahan," kata Cik Psaki lagi.



Di Australia, menteri luar Cik Marise Payne memberi amaran bahawa tentera Myanmar "sekali lagi berusaha untuk merebut kuasa" negara itu.



"Kami meminta tentera untuk menghormati aturan undang-undang, menyelesaikan perselisihan melalui cara yang sah dan segera membebaskan semua pemimpin sivil dan pihak lain yang ditahan secara tidak sah," kata Cik Payne dalam satu kenyataan.



"Kami amat menyokong persidangan semula Majlis Nasional secara aman, sejajar dengan keputusan pilihan raya umum November 2020," tambahnya. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >