WASHINGTON: Amerika Syarikat mendakwa serangan udara Russia di Syria "telah memburukkan lagi konflik", dan menuduh Moscow cuba menyokong rejim Presiden Bashar al-Assad dan bukan bertindak bagi memerangi golongan militan.
Kenyataan Washington terhadap campur tangan Russia di Syria dibuat sedang tentera pemerintah Syria, yang menerima sokongan Moscow sejak sebulan lalu, berjaya menawan semula sebuah jalan raya utama ke bandar Aleppo, yang kini dikuasai militan Negara Islam (IS).