Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika gesa China henti bina pulau di Laut China Selatan

Nov 19, 2015 | 08:41 AM



MANILA: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, menggesa China pada Rabu (18 Nov) supaya menghentikan perbuatannya membina pulau-pulau besar di Laut China Selatan yang dipertikai, sedang beliau melahirkan sokongan bagi tindakan Filipina menegaskan tuntutannya ke atas laluan laut penting itu melalui timbang tara.


"Kami bersetuju mengenai peri perlu langkah-langkah berani untuk mengurangkan ketegangan, termasuk berikrar menghentikan penambakan lanjut, pembinaan baru dan menenterakan kawasan yang dipertikai di Laut China Selatan," kata beliau kepada pemberita sejurus selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden Filipina, Encik Benigno Aquino.


Mereka bertemu selama satu jam di luar sidang puncak forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik yang sidang berlangsung di ibu kota Manila ini, lapor akhbar The Straits Times.


Encik Obama juga menyokong kes Manila terhadap Beijing yang dibawa ke mahkamah timbang tara antarabangsa di The Hague.


Dalam hujah sepenuh 4,000 halaman, Filipina menuduh China melanggar undang-undang antarabangsa dengan menuntut hampir keseluruhan daripada 3.5 juta kilometer persegi Laut China Selatan - yang digunakan kapal bagi AS$5 trilion ($7.1 trilion) perdagangan dunia setiap tahun.


Tuntutan China itu termasuk perairan yang lebih 1,600 kilometer jauh dari sempadannya dan lebih dekat dengan negara-negara jirannya yang lebih kecil.


Vietnam, Malaysia, Brunei dan Taiwan juga mempertikai tuntutan China.


"Kami sendiri bukan pihak menuntut tetapi kami menyokong sepenuhnya proses di mana, melalui undang-undang antarabangsa, isu-isu ini diselesaikan," kata Encik Obama.


Memberi respons kepada komen Encik Obama, jurucakap Kementerian Luar China, Encik Hong Lei, berkata Amerika "perlu berhenti memainkan isu Laut China Selatan, berhenti meningkatkan ketegangan di Laut China Selatan, dan berhenti merumitkan pertikaian di Laut China Selatan".


Ketegangan di Laut China Selatan meningkat selepas China meningkatkan usaha penambakan tanah di kepulauan Spratly, di mana ia setakat ini telah membina pulau siap dengan landasan pesawat dan garison di tujuh terumbu yang ia duduki.


Amerika telah menghantar kapala pemusnah peluru berpandu dan dua pesawat pengebom B-52 dekat pulau-pulau ini untuk menegaskan "kebebasan pelayaran" di kawasan itu, menjengkelkan Beijing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >