WASHINGTON: Washington berikrar meningkatkan bantuan kepada Iraq dan sedang menimbangkan serangan dron, di tengah-tengah kebimbangan kumpulan militan kini semakin berani sejak pengunduran tentera Amerika Syarikat dari negara itu.
Pegawai Iraq secara peribadi telah meminta Amerika menghantar dron bagi membantu menghapuskan militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) yang telah menguasai utara Iraq setelah melancarkan serangan kilat baru-baru ini.