Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika, India dan Jepun mungkin adakan latihan tentera dekat Laut China Selatan

Mar 04, 2016 | 11:53 AM



NEW DELHI: India, Amerika Syarikat dan Jepun mungkin mengadakan latihan tentera laut di perairan di luar pantai utara Filipina, berhampiran Laut China Selatan, berpotensi meningkatkan ketegangan di rantau ini.

Ketua Perintah Pasifik Amerika, Laksamana Harry Harris, berkata dalam satu persidangan pada Rabu (2 Mac) bahawa latihan tentera laut tahunan Malabar yang melibatkan tentera laut India, Amerika dan Jepun akan diadakan di luar pantai Filipina.

Walaupun tidak menyatakan bila atau apakah ia akan dijalankan berhampiran Laut China Selatan, beliau berkata Amerika berminat bekerjasama dengan India berhubung keselamatan di rantau Lautan Hindi dan Asia Pasifik.

Pengumuman mengenai latihan Malabar itu tidak disahkan oleh pegawai India pada Khamis.

"India, Australia, Jepun dan Amerika Syarikat boleh mewujudkan susunan keselamatan yang mengimbangi rantau ini," kata Laksamana Harris, lapor akhbar The Straits Times pada Jumaat (4 Mac).

"Dari segi keselamatan, kita memerlukan kepimpinan India dalam Indo-Asia-Pasifik.

"Bersama-sama, kita boleh memastikan laluan komunikasi laut terbuka, bebas, yang kritikal bagi perdagangan dan kemakmuran global."

Ketegangan telah meningkat di laut Timur dan Selatan China di mana China terlibat dalam pertikaian wilayah dengan Vietnam, Filipina dan Jepun.

Amerika, yang telah belayar berhampiran kawasan yang dipertikai bagi menekankan hak kebebasan pelayaran, memberi amaran kepada China minggu ini terhadap tindakannya baru-baru ini, misalnya menempatkan peluru berpandu permukaan ke udara di Pulau Woody yang dipertikai.

India sebahagian besarnya menjauhkan diri daripada terlibat secara langsung di Laut China Selatan, tetapi telah bergerak lebih dekat dengan Amerika di bawah Perdana Menteri Narendra Modi, yang mula berkuasa pada 2014.

Penganalisis dasar luar berkata jika latihan itu diadakan di luar pantai utara Filipina, ia akan menarik India ke dalam pertikaian wilayah.

Ketika dihubungi, jurucakap Kementerian Ehwal Luar India, Encik Vikas Swarup, pada Khamis menafikan India sedang menimbang mengadakan rondaan bersama dengan Amerika di rantau Asia-Pasifik.

Menjawab soalan mengenai latihan Malabar pada taklimat media selepas itu, Encik Swarup berkata: "Saya tidak sedar kami telah mengambil keputusan itu."

China telah memberi respons kepada pengumuman Laksamana Harris itu.

"Kami berharap kerjasama negara-negara berkenaan akan memberi manfaat kepada keamanan dan keselamatan serantau, dan tidak merosakkan kepentingan pihak ketiga," kata jurucakap Kementerian Luar China, Encik Hong Lei, yang dipetik Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >