Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika izin guna vaksin Covid-19 Pfizer

Dec 12, 2020 | 02:18 PM



WASHINGTON - Amerika Syarikat pada Jumaat (11 Dis) telah mengizinkan penggunaan vaksin Covid-19 yang pertama oleh negara tersebut dan pengagihan mungkin bermula "dalam kurang 24 jam," kata Presiden Encik Donal Trump.



Pengizinan vaksin Pfizer itu menandakan satu perubahan di Amerka Syarikat di mana pandemik semasa ini telah membunuh lebih 292,000 orang.



Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) berkata ia telah memberikan pengizinan penggunaan kecemasan bagi vaksin tersebut yang dibangunkan bersama rakan kongsi Jerman, BioNTech.



Ia juga telah menunjukkan keberkesanan sebanyak 95 peratus dalam mencegah (jangkitan) penyakit itu pada percubaan peringkat lewat.



FDA berkata vaksin itu boleh diberikan kepada individu berusia 16 tahun ke atas dan pekerja penjagaan kesihatan dan warga emas di kemudahan jagaan jangka panjang dijangka sebagai penerima utama bagi giliran pertama pengagihan sebanyak 2.9 juta vaksin itu - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >