Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Amerika kerah 350 lagi askar ke Baghdad

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Amerika kerah 350 lagi askar ke Baghdad

Sep 03, 2014 | 05:50 PM

WASHINGTON: Presiden Barack Obama telah mengerahkan 350 lagi askar ke Baghdad bagi melindungi kakitangan dan kemudahan diplomatik Amerika Syarikat di ibu kota Iraq itu, kata Rumah Putih.

Ini diumum Jabatan Pertahanan Amerika dalam satu kenyataan selepas militan Negara Islam (IS) mengedarkan video yang menunjukkan seorang anggota kumpulan itu, yang bercakap dalam loghat British, memenggal kepala seorang lagi wartawan Amerika yang ditawannya.

"Presiden Obama telah mengarahkan Jabatan Pertahanan Amerika memenuhi permintaan Jabatan Negara bagi 350 anggota tentera tambahan untuk melindungi kemudahan-kemudahan diplomatik dan kakitangan di Baghdad, Iraq," kata satu kenyataan Rumah Putih.

"Kami akan juga terus memberi sokongan kepada pemerintah Iraq dalam usaha memerangi ISIL (yang juga dikenali sebagai IS), yang menimbulkan ancaman bukan kepada Iraq sahaja, malah Timur Tengah dan kakitangan serta kepentingan Amerika di rantau ini," tambah kenyataan itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3