Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika kerah kapal selam ke Korea Selatan

Apr 25, 2017 | 03:45 PM



SEOUL: Sebuah kapal selam berkuasa nuklear Amerika Syarikat berlabuh di Korea Selatan semalam, sebagai langkah untuk menunjukkan kekuatan negara itu ekoran kebimbangan Korea Utara mungkin menyambut ulang tahun penubuhan angkatan tenteranya dengan melancarkan peluru berpandu atau ujian nuklear.



Ketibaan kapal selam USS Michigan itu diumumkan tentera Amerika di Korea Selatan, sedang perwakilan Amerika dan China bersama Jepun bertemu di Tokyo untuk membincangkan tindak balas terhadap keengganan Korea Utara menghentikan program nuklearnya.



USS Michigan dibina untuk membawa peluru berpandu balistik kapal selam dan peluru berpandu Tomahawk.



Kelmarin, Presiden Amerika, Encik Donald Trump, menggesa agar dikenakan sekatan baru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke atas Pyongyang kerana mengancam dunia dan “masalah yang perlu kita selesaikan”.



“Status quo di Korea Utara juga tidak boleh diterima. Majlis ini perlu bersedia mengenakan sekatan tambahan lebih tegas terhadap program nuklear dan peluru berpandu Korea Utara,” kata Presiden Trump dalam mesyuarat dengan 15 wakil Majlis Keselamatan PBB, termasuk China dan Russia.



Sementara itu di Washington, pegawai kanan pentadbiran Trump akan mengadakan satu taklimat khas di Rumah Putih bagi seluruh anggota Dewan Senat Amerika mengenai perkembangan di Korea Utara.



Semua 100 senator diminta hadir di Rumah Putih bagi mendengar taklimat oleh Setiausaha Negara Rex Tillerson; Setiausaha Pertahanan Jim Mattis; Pengarah Perisikan Nasional Dan Coats; dan pengerusi Ketua Turus Bersama, Jeneral Joseph Dunford; kata jurucakap Rumah Putih, Encik Sean Spicer.  – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >