Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemisahan Crimea dari Ukraine

Amerika, Kesatuan Eropah beri tekanan ke atas Russia

Mar 18, 2014 | 06:13 PM



BRUSSELS: Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah mengenakan sekatan peribadi ke atas para pegawai Russia dan Crimea yang terlibat dalam rampasan Crimea dari Ukraine, sedang Presiden Russia, Encik Vladimir Putin menandatangani dekri mengiktraf wilayah itu sebagai sebuah negara berdaulat.


Langkah sekatan itu merupakan tindakan paling serius dalam krisis Timur-Barat sejak berakhirnya Perang Dingin, menyusuli pungutan suara di semenanjung Laut Hitam pada Ahad lalu, di mana pemimpin Crimea mengisytiharkan perpisahan daripada Ukraine, setelah 97 peratus warga menyokong tindakan tersebut.


Dalam masa beberapa jam sahaja, parlimen Crimea secara rasmi memohon kepada Russia "agar menerima masuk Republik Crimea sebagai negara baru berstatus republik".


Putin pada Selasa ini akan berucap dalam satu sesi khas di Duma, yakni Parlimen negaranya, yang boleh membuat keputusan aneksasi, atau memaksa pemerintahan ke atas wilayah majoriti etnik Rusia itu.


Langkah ini akan menyebabkan Ukraine, yang sebelum ini merupakan bekas republik Soviet di bawah telunjuk Moscow, terbahagi secara paksa.


Kiev dan Barat menyifatkan pungutan suara baru lalu, dilaksanakan di bawah jajahan tentera Russia bersenjata, telah mencabuli perlembagaan Ukraine dan undang-undang antarabangsa.


Angkatan bersenjata Russia menguasai Crimea lewat Februari lalu menyusuli kejatuhan Presiden Ukraine, Encik Viktor Yanukovich, selepas pertembungan berdarah antara polis rusuhan dan pembantah yang cuba merubah keputusannya untuk menolak satu perjanjian dagangan dan kerjasama dengan EU, dan lebih memihak kepada Russia.


Presiden Amerika, Encik Barack Obama mengenakan sekatan ke atas 11 warga Russia dan Ukraine yang bertanggungjawab atas rampasan itu, termasuk Yanukovich, dan Vladislav Surkov dan Sergei Glazyev, serta dua pembantu Encik Putin.


Encik Putin sendiri, yang disyaki Barat sebagai cuba membangunkan semula Kesatuan Soviet di bawah kepimpinan Russia, tidak disenaraihitamkan.


Seorang jurucakap Rumah Putih enggan menolak kemungkinan beliau akan dikenakan tindakan itu kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >