Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika lancar serangan peluru berpandu ke atas Syria

Apr 07, 2017 | 03:05 PM



WASHINGTON: Presiden Donald Trump mengarahkan satu serangan ketenteraan disasarkan ke arah sebuah pangkalan udara di Syria.



Serangan 50 peluru berpandu Tomahawk ke atas pangkalan udara di bawah kawalan tentera Presiden Bashar Al-Assad itu disifatkan sebagai tindak balas terhadap penggunaan senjata kimia oleh Presiden Assad ke atas para penentangnya Selasa lalu.



Peluru berpandu Tomahawk itu dilancarkan dari kapal perang tentera laut Amerika Syarikat di Laut Mediterannean ke atas beberapa sasaran termasuklah landasan penerbangan, pesawat, dan stesen minyak yang berada di pangkalan udara tersebut.



Encik Trump mengarahkan serangan tersebut sehari selepas beliau mengkritik serangan senjata kimia Presiden Assad di bandar Khan Sheikoun di Syria yang mengorbankan sekurang-kurangnya 70 nyawa, kebanyakannya kanak-kanak.



Serangan tersebut merupakan tindakan Amerika paling tegas ke atas perang saudara yang telah berlangsung selama enam tahun.



Presiden Trump meminta “semua negara yang bertamadun” supaya menyertai mereka untuk mengakhiri pembunuhan beramai-ramai di Syria.



Beliau berkata “keamanan dan keharmonian akan dikembalikan” selagi Amerika Syarikat terus mempertahankan keadilan.



Serangan peluru berpandu ke atas pangkalan udara berhampiran Homs itu dipercayai tidak membabitkan “angka korban yang besar” tetapi mengakibatkan kerosakan harta benda, kata Gabenor Homs, Encik Talal Barazi kepada Reuters.



Beliau berkata operasi menyelamat dan memadam kebakaran sudah berjalan sejak lebih dua jam lalu.



Namun beliau mengkritik serangan itu yang dianggap sebagai tidak ubah seperti “kumpulan pengganas bersenjata” dan militan IS.



“Kepimpinan Syria dan dasar Syria tidak akan berubah,” kata Encik Talal. - Reuters, AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >