Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika mahu rampas aset bernilai $1.4b yang dibeli gunakan wang 1MDB

Jul 21, 2016 | 08:00 AM



PEMERINTAH Amerika Syarikat telah mengambil langkah pada Rabu (20 Jul) untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion ($1.36 bilion) yang dibeli menggunakan wang yang percaya dicuri daripada sebuah dana pelaburan kerajaan Malaysia.



Wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu didakwa dicuri oleh orang yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.



Dalam fail mahkamah, Jabatan Kehakiman Amerika menamakan tiga orang yang ia percayai berkomplot untuk memesongkan wang berbilion bilion dolar daripada 1MDB.



Mereka ialah Encik Riza Aziz, anak tiri Datuk Seri Najib yang juga seorang penerbit filem Hollywood; pembiaya Malaysia, Encik Jho Low, seorang peniaga kawan lama Encik Aziz dan keluarganya; dan Encik Mohamed Badawy al-Husseiny, seorang bekas pegawai di sebuah dana kerajaan Abu Dhabi yang mengambil bahagian dalam urusan dengan 1MDB.



Pendakwa juga menamakan orang keempat dalam kes itu, bekas wakil kerajaan Abu Dhabi, Khadem Al Qubaisi.



Ia tidak menamakan Datuk Seri Najib, tetapi menyebut "Pegawai Malaysia 1", yang digambarkan sebagai seorang pegawai kerajaan berpangkat tinggi yang menyelia dana itu dan merupakan saudara rapat Encik Aziz.



Tersembunyi di Amerika dalam bentuk hartanah, karya seni dan barangan mewah lain, wang itu digelapkan daripada 1MDB dan digerakkan di seluruh dunia menggunakan syarikat kulit rahsia yang menutup jejaknya, kata Jabatan Kehakiman.



Tindakan perampasan itu, yang dikeluarkan oleh sebuah unit yang dikenali sebagai Inisiatif Pemulihan Aset Kleptokrasi, adalah yang terbesar pernah dilakukan oleh Jabatan Kehakiman Amerika.



1MDB, yang dahulu diselia oleh Datuk Seri Najib, sedang menghadapi beberapa siasatan di dalam dan luar negara, termasuk di Singapura dan Switzerland.



Tindakan undang-undang di Amerika itu dijangka menggiatkan siasatan antarabangsa lain itu.



Ia mengatakan lebih AS$3.5 bilion disalah guna oleh rakyat Malaysia yang tidak dikenali dalam urus niaga selama beberapa tahun menggunakan kenderaan korporat tipu dan syarikat kulit untuk mengalihkan dana agi kepentingan peribadi.



Pegawai 1MDB di Kuala Lumpur tidak respons apabila diminta mengulas.



Encik Riza, pemilik sebahagian daripada Red Granite, sebuah syarikat penerbit Hollywood yang membiayai filem The Wolf Of Wall Street. April lalu, 1MDB berkata ia telah "pernah melabur mahupun memindahkan dana ke Red Granite Pictures, sama ada secara langsung mahupun melalui perantara".



Encik Low telah berkata beliau menyediakan khidmat perundingan kepada 1MDB yang tidak melanggar sembarang undang-undang.



Pemerintah Amerika mahu menuntut, antara lain, aset seperti royalti daripada The Wolf Of Wall Street, beberapa hartanah di Beverly Hills, California, dan sebuah emper (penthouse) di bangunan Time Warner di Manhattan.



Ini berjumlah lebih AS$1 bilion, kata Jabatan Kehakiman.



1MDB ditubuhkan untuk menjalankan projek pelaburan dan pembangunan di Malaysia.



"Bagaimanapun, sepanjang tempoh kira-kira empat tahun, antara sekitar 2009 dan sekurang-kurangnya 2013, pelbagai individu, termasuk pegawai awam dan sekutu mereka, berkomplot untuk menipu bagi mengalihkan berbilion-bilion dolar daripada 1MDB melalui pelbagai cara," kata Jabatan Kehakiman dalam fail mahkamah. - New York Times




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >