Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:13
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Amerika mula serang kedudukan ISIS

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Amerika mula serang kedudukan ISIS

Sep 07, 2014 | 06:50 PM

WASHINGTON: Amerika Syarikat telah memulakan serangan udara terhadap kedudukan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), sehari selepas menyatakan ia telah mendapat sekurang-kurangnya sembilan negara bersekutu untuk membantu mengekang kumpulan tersebut.

Serangan tersebut dilakukan di empangan Haditha Dam di Iraq, yang sekarang menghadapi ancaman ditawan kumpulan berkenaan, kata satu kenyataan Pentagon, semalam.

"Menyahut permintaan pemerintah Iraq, pesawat-pesawat tentera Amerika telah menyerang pengganas ISIL (ISIS) dekat empangan Haditha Dam di wilayah Anbar bagi membantu pasukan keselamatan Iraq dan puak-puak Sunni yang sedang melindungi empangan Haditah.

"Serangan-serangan ini dijalankan untuk mencegah para pengganas itu daripada meluaskan ancaman mereka terhadap keselamatan empangan tersebut - yang dikawal Pasukan Keselamatan Iraq - dengan bantuan puak-puak Sunni," kata jurucakap Pentagon, Laksamana Muda John Kirby.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3