Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika negara pertama capai pemvaksinan lebih 100j penduduk

Apr 05, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat menjadi negara pertama mencapai pemvaksinan lebih 100 juta orang, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) negara itu semalam.



Seramai 101,804,762 rakyat Amerika sudah menerima satu dos vaksin Covid-19, mewakili lebih 30 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduknya.



Menurut CDC lagi, daripada jumlah itu, hampir 58 juta orang yang sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, dengan lebih separuh berusia 65 tahun ke atas.



Ketika kempen vaksinasi di negara yang paling teruk dilanda pandemik Covid-19, Presiden Joe Biden berjanji minggu lalu bahawa 90 peratus orang dewasa akan layak menerima vaksin pada 19 April ini.



Encik Biden juga turut berjanji bahawa 200 juta dos akan diberi dalam 100 hari pentadbirannya, menggandakannya selepas sasaran awal dapat dicapai akhir bulan lalu.



Program vaksinasi Amerika menggunakan vaksin Covid-19 Moderna, Pfizer/BioNTech dan Johnson & Johnson.



Amerika melaporkan pertumbuhan pesat peluang pekerjaan dan melonggarkan sekatan selepas sekitar separuh populasi dewasanya sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin koronavirus.



Diterajui kebangkitan dalam industri hospitaliti, rekreasi, hiburan dan sukan, ekonomi Amerika mewujudkan sebanyak 916,000 pekerjaan setakat Mac lalu.



Amerika memulakan program vaksinasinya pada pertengahan Disember tahun lalu.



Bagaimanapun, jangkitan masih meningkat di beberapa kawasan di Amerika, sekali gus mendorong Encik Biden menggesa orang ramai supaya terus memakai pelitup muka dan mengambil langkah pencegahan lain untuk menghentikan pandemik Covid- 19 yang meragut lebih 2.8 juta nyawa di seluruh dunia.



"Saya merayu kepada anda. Jangan sia-siakan kemajuan yang kita semua berusaha keras untuk mencapainya.



"Kita perlu menyelesaikan tugas ini," kata Encik Biden dalam satu ucapan ringkas.



CDC sementara itu mengemas kini garis panduan untuk memberitahu bahawa penduduk yang telah mendapat suntikan vaksin Covid-19 boleh melakukan perjalanan tanpa kuarantin namun, masih perlu memakai pelitup muka.



Amerika merekodkan angka korban dahsyat membabitkan Covid-19 dengan lebih 550,000 kematian. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >