Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika, Russia ambil pendekatan berbeza tangani perang di Ukraine

Aug 21, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat dan Russia saling mengambil pendekatan berbeza dalam menangani peperangan di Ukraine.



Sedang Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat kelmarin mengumumkan pakej senjata baharu bernilai AS$775 juta ($1.07 bilion) untuk Ukraine bagi membantu pertahanan Kyiv merampas semula wilayah yang diduduki tentera Russia.



Russia pula bersetuju membenarkan pasukan pemeriksa bebas melawat loji nuklear Zaporizhzhia yang diduduki Moscow melalui Ukraine.



Menyentuh tentang pakej bantuan Amerika itu, seorang pegawai kanan Pentagon berkata, pakej senjata tersebut ditawarkan kepada Ukraine susulan perang ekoran serangan Russia yang bermula 24 Februari lalu masih tidak menemui jalan penyelesaian.



Justeru katanya, pakej baharu merangkumi rangkaian peluru berpandu tepat, senjata antiperisai, dron pengawasan, meriam dan peralatan pembersihan periuk api itu boleh meningkatkan operasi serangan Ukraine.



"Anda melihat kurangnya kemajuan secara menyeluruh oleh pihak Russia di medan perang," kata pegawai yang enggan namanya disiarkan, kepada pemberita.



Pakej baharu kali ke-19 sejak perang bermula itu, tiba apabila tentera Ukraine menggunakan senjata berpandu tepat yang dibekalkan sekutu untuk menyerang dari belakang garisan musuh dengan merobohkan belasan depoh senjata dan pusat arahan Russia sejak pertengahan Jun.



Pakej itu termasuk roket untuk sistem Himars yang digunakan bagi menyerang depoh Russia dan peluru berpandu 'udara ke darat' HARM yang menempatkan pemasangan radar.



Turut disertakan, 15 dron pengawasan Scan Eagle, 1,000 senjata anti-perisai, 1,500 peluru berpandu antiperisai TOW, dan peluru meriam serta artileri baharu.



"Kami mahu memastikan Ukraine mempunyai bekalan peluru yang berterusan untuk memenuhi keperluannya, dan itulah yang kami lakukan dengan pakej ini," kata pegawai pertahanan itu.



Menurut pegawai Amerika itu, pakej terbabit juga termasuk peralatan penting bagi pembersihan jerangkap samar dan periuk api.



Katanya, pada ketika ini, kesan keseluruhan senjata Amerika dan sekutu yang diberikan kepada Ukraine adalah untuk 'mengalihkan' tentera Russia dengan implikasi yang menjejaskan kemampanan jangka panjang buat mereka.



"Kami melihat gambaran menyeluruh yang menunjukkan pasukan Russia ini adalah jauh lebih 'lemah' daripada yang mereka sangkakan," katanya.



Dalam pada itu, pejabat Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron, mengesahkan bahawa Presiden Russia, Vladimir Putin, bersetuju membenarkan pasukan pemeriksa bebas melawat loji nuklear Zaporizhzhia.



Kata putus itu menyelesaikan pertikaian sama ada pemeriksa itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) perlu pergi ke loji terbabit melalui Ukraine atau Russia.



Menurut pejabat Encik Macron, Encik Putin mempertimbangkan semula permintaan supaya IAEA melawat tapak itu melalui Russia selepas pemimpin terbabit sendiri memberi amaran bahawa pertempuran di sana boleh membawa malapetaka. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >