WASHINGTON: Jeneral kanan Amerika Syarikat, Jeneral Joseph Votel menuduh Russia bertanggungjawab mencetuskan ketidakstabilan di Syria dan bertindak seperti 'pencetus kebakaran dan bomba' ketika gencatan senjata yang diisytiharkan Moscow di Ghouta Timur gagal.
Amerika dan Russia saling menyokong pihak bertentangan dalam perang tujuh tahun itu, dengan Moscow menyokong rejim Presiden Bashar al-Assad yang rancak mengebom Ghouta Timur, yang dikuasai puak penentang.