Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika salur $26j bantu Asean tangani pandemik Covid-19

Apr 01, 2020 | 10:45 AM

AMERIKA SYARIKAT hari ini mengumumkan senarai bantuan bernilai $18.3 juta ($26 juta) yang telah dihulurkan kepada negara-negara anggota Asean sejak 26 Mac lalu "sebagai bantuan kecemasan dan kemanusiaan" bagi menangani penularan Covid-19.


Jumlah ini menurut Rumah Putih, membentuk sebahagian daripada hampir $274 juta yang disediakan Amerika Syarikat sebagai pelaburan awal bagi kesihatan kecemasan dan bantuan kemanusiaan untuk membantu negara-negara yang memerlukan, selain pembiayaan yang telah diberikan kepada pelbagai pertubuhan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia dan UNICEF.


Pendanaan baru untuk Asean ini menurut kenyataan yang disampaikan menerusi kedutaannya di sini hari ini adalah sebagai menyokong usaha berikut:


- menyediakan makmal bagi ujian berskala besar untuk Covid-19


- langkah kawalan dan pencegahan jangkitan


- melaksanakan komunikasi risiko


- menyediakan rancangan kecemasan bagi kesihatan awam di pintu-pintu masuk sempadan


- menjalankan usaha menjejaki kes dan pemantauan berdasarkan acara bagi penyakit serupa influenza


- melatih dan melengkapi petugas dalam aspek penyiasatan dan menjejak kontak;


- mengemaskini bahan-bahan latihan untuk pekerja kesihatan


"Agensi-agensi Amerika yang mengepalai respons antarabangsa, termasuk Jabatan Negara, USAID, dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC), bekerja rapat dalam pengagihan dana berdasarkan kawasan utama penularan dan tempat paling terdedah kepada Covid-19.


"Amerika Syarikat juga melakukan penyelarasan dengan penderma-penderma lain sebagai melengkapi bantuan dan mengelak dari melakukan usaha serupa," menurut jurucakap negara itu menerusi kenyataan media mereka semalam.


Sokongan dana ini merupakan tambahan daripada hampir $3.5 bilion yang disalurkan Amerika bagi tujuan bantuan untuk kesihatan awam sejak 20 tahun lalu.


Sejak 26 Mac lalu, Amerika menerusi peruntukan $26 juta bagi Sokongan Kecemasan Covid-19 untuk negara-negara Asean, berusaha membantu kerajaan Brunei menyediakan alat bantuan pernafasan dan peralatan perlindungan peribadi (PPE) selepas keperluan dalam negaranya dipenuhi.

 

Untuk Kemboja pula, Amerika menyalurkan kira-kira $2 juta bagi membantu pemerintah Kemboja mempersiap sistem makmal, memulakan pencarian kes dan melakukan pemantauan berdasarkan acara, dan menghulurkan sokongan pakar teknilal bagi kesiapsiagaan dan respons. CDC Amerika juga membantu Kemboja dalam pengurusan klinikal menjejak kontak, ujian makmal, pemantauan, dan kawalan jangkitan.


Amerika juga menyediakan $2.3 juta bagi membantu pemerintah Indonesia bagi hal serupa yang dilakukannya di Kemboja, begitu juga Lao ($2j), Filipina ($4j), Thailand ($1.2j), dan Vietnam ($3j).


Amerika dalam pada itu memperuntuk $3.8 juta untuk Myanmar bagi bekalan air dan sanitasi; pengurusan kes Covid-19; pemantauan berdasarkan acara, penyelarasan dan lebih lagi.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >