Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika siasat bank kerana tidak lapor transaksi curiga di 1MDB

Jun 07, 2016 | 11:24 AM



NEW YORK: Penyiasat Amerika Syarikat sedang menyiasat apakah Goldman Sachs Group Inc melanggar undang-undang apabila ia tidak melaporkan tentang transaksi mencurigakan di syarikat pelaburan kerajaan Malaysia, 1MDB, lapor akhbar Wall Street Journal (WSJ) pada Isnin (6 Jun), dengan memetik sumber yang tahu mengenai siasatan itu.



Menurut WSJ, siasatan itu berkaitan wang AS$3 bilion ($4.07 bilion) yang bank Amerika itu hasilkan menerusi terbitan bon 1MDB.



Separuh daripada wang tersebut hilang di luar pesisir beberapa hari selepas Goldman menghantarnya ke akaun bank 1MDB di bank Swiss, BSI Singapore.



Sebahagian daripada wang itu kemudian berada dalam akaun bank Perdana Menteri Malaysia, Datuk Datuk Seri Najib Razak, kata WSJ, yang memetik sumbernya dan maklumat pemindahan bank.



BSI sedang terlibat dalam siasatan membabitkan 1MDB di beberapa negara.



Unit bank itu di Singapura telah ditutup oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS) berkaitan urus niaga mencurigakan dan didenda $13.30 juta kerana 41 pelanggaran peraturan antipengubahan wang haram, termasuk kegagalan menjalankan usaha wajar berhubung "akaun berisiko tinggi" dan memantau urus niaga mencurigakan pelanggan.



Pegawai penguatkuasa Amerika mahu menemu bual eksekutif Goldman, lapor WSJ, tetapi ia belum dituduh melakukan sembarang kesalahan.



Bank itu berkata ia tidak mungkin tahu bagaimana 1MDB akan menggunakan wang yang ia hasilkan.



Pendapatan daripada bon 1MDB yang dikendalikan oleh Goldman Sachs pada 2013 itu sepatutnya membiayai sebuah projek hartanah utama di Kuala Lumpur yang bertujuan meningkatkan ekonomi Malaysia.



Antara soalan penyiasat, lapor WSJ, ialah mengapa 1MDB memerlukan wang tunai begitu cepat bagi projek pembangunan hartanah yang akan mengambil masa bertahun-tahun untuk disiapkan.



Penyiasat juga sedang menyiasat soalan yang dibangkitkan oleh peguam Goldman, Encik Kevin Wong, seorang rakan kongsi berpangkalan di Singapura dengan firma guaman Linklaters.



Beliau menghantar nota kepada bank Goldman bagi menyedarkan mereka tentang fakta bahawa wang itu harus dimasukkan ke sebuah bank privet, menurut orang yang biasa dengan perkara itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >