Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika tawar bantuan keselamatan kepada sekutu di Asia Tenggara

Nov 18, 2015 | 09:30 AM



MANILA: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, berusaha pada Selasa (17 Nov) memperkukuh sekutunya di rantau ini di tengah-tengah ketegasan China yang semakin meningkat di Laut China Selatan dan bagi menggalak perjanjian perdagangan.


Beliau berada di Manila bagi sidang puncak pertama dalam dua sidang puncak berturut-turut di rantau ini.


"Lawatan saya ke sini menekankan komitmen bersama kita pada keselamatan perairan rantau ini dan kebebasan pelayaran," kata Encik Obama, tidak lama selepas tiba bagi sidang puncak dua hari forum Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) bermula hari ini, lapor akhbar The Straits Times.


Bercakap di atas kapal utama Tentera Laut Filipina, Gregorio del Pilar, yang juga bekas bot Pengawal Pantai Amerika Syarikat, Encik Obama juga mengumumkan bantuan keselamatan maritim sebanyak AS$259 juta ($369 juta) kepada sekutu Amerika di rantau ini.


"Tentera laut lebih berkeupayaan dan kerjasama dengan Amerika Syarikat penting bagi keselamatan rantau ini," katanya.


Pemilihan Gregorio del Pilar sebagai tempataan ucapan itu sangat simbolik kerana ia beroperasi di sekitar Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang dituntut oleh Manila dan Beijing.


Beijing menegaskan isu Laut China Selatan tidak perlu dibincangkan dalam sidang puncak yang bertujuan memberi tumpuan pada perdagangan itu.


Bagaimanapun, Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Cik Susan Rice, berkata minggu lalu bahawa Laut China Selatan akan menjadi "isu utama" semasa lawatan Encik Obama ke Asia.


Di bawah bantuan keselamatan maritim Amerika itu, Filipina akan menerima kapal jenis 'cutter' ketiga dan kapal penyelidikan "bagi membantu pemetaan perairan wilayah dan meningkatkan kemampuan tentera lautnya menjalankan rondaan", kata Encik Obama.


"Kami mempunyai tanggungjawab perjanjian, komitmen kukuh untuk mempertahan sekutu kami," katanya.


Beberapa jam sebelum Presiden Amerika itu tiba di sini, China berkata ia adalah mangsa sebenar dalam pertikaian di Laut China Selatan kerana negara-negara lain menduduki secara haram pulau-pulau di sana.


"Pemerintah China mempunyai hak dan keupayaan mendapatkan semula pulau dan terumbu yang diduduki secara haram oleh negara-negara jiran," kata Naib Menteri Luar China, Encik Liu Zhenmin, di Beijing.


"Tetapi kami tidak melakukan ini. Kami menahan diri dengan tujuan mengekalkan keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan."


Presiden China, Encik Xi Jinping, juga tiba di sini pada Selasa bagi sidang puncak Apec tetapi tidak membuat sebarang pengumuman awam.


China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan, dengan ada bahagian perairan itu turut dituntut oleh Filipina, Vietnam, Malaysia, Brunei dan Taiwan.


Ketegangan meningkat sejak China meningkatkan usaha penambakan tanah di Spratly dan Amerika menghantar kapal pemusnah peluru berpandu dan pesawat pengebom B-52 dekat pulau-pulau itu bagi menegaskan "kebebasan pelayaran".


Encik Obama akan juga menggunakan masa di Manila untuk menekankan bahawa kelulusan perjanjian Perkongsian Rentas Pasifik (TPP) oleh 12 negara anggotanya gwenting pada kesihatan ekonomi rantau ini.


Selepas Manila, beliau akan ke Kuala Lumpur, yang menjadi tuan rumah Sidang Puncak Asean bermula esok, diikuti oleh Sidang Puncak Asia Timur pada hujung minggu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >