Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Amerika umum bantuan ketenteraan $538j ke Ukraine

Mar 05, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat tidak mengendahkan amaran Russia dan mengumumkan pakej bantuan ketenteraan terbaru bernilai AS$400 juta ($538.08 juta) kepada Ukraine pada Jumaat, yang tertumpu pada bekalan peluru.



Pengumuman itu dibuat sedang Presiden Amerika, Encik Joe Biden, menyambut kehadiran pemimpin Jerman, Cancelor Olaf Scholz, ke Rumah Putih, kelmarin.



Pakej bantuan itu juga buat pertama kali akan merangkumi jambatan taktikal yang bakal digunakan bagi memindahkan kereta kebal dan kenderaan berperisai.



Jambatan itu juga boleh digunakan tentera Ukraine yang dilatih dalam perang saraf 'gerakan senjata campuran', dalam mengendalikan serangan kereta kebal dan senjata perisai untuk merampas kembali kawasan yang ditawan tentera Russia sejak pencerobohan setahun lalu.



Peluru tambahan pula dihantar untuk meningkatkan bekalan bagi berdepan kemungkinan siri serangan baru pada musim bunga.



Zamil Kanan Penyelidikan Perang Saraf Darat di Institut Perkhidmatan Royal United, Encik Jack Watling, berkata jambatan serangan penting untuk operasi senjata bercampur kerana membolehkan kenderaan berperisai menyeberangi sungai dan parit yang sempit, yang berisiko memperlahankan pergerakan pasukan tentera.



"Lebih penting, jambatan serangan kritikal bagi operasi menyerang, menunjukkan Amerika mempersiap Ukraine untuk merampas kembali wilayahnya," katanya.



Januari lalu, Jerman bersetuju menghantar kereta kebal ke Ukraine dan akan bekerjasama dengan sekutunya untuk menghantar lebih banyak aset ke negara itu.



"Pakej bantuan ketenteraan ini merangkumi lebih banyak peluru untuk Himar dan artileri howitzer yang digunakan Ukraine secara berkesan untuk bertahan, selain peluru untuk Kenderaan Tempur Infantri Bradley, Jambatan Kenderaan Berperisai, aset dan kelengkapan pemusnah serta penyelenggaraan, latihan dan sokongan," kata Setiausaha Negara Amerika, Encik Antony Blinken.



Sementara itu, agensi berita TASS melaporkan, Duta Russia ke Washington, Encik Anatoly Antonov, menyifatkan Amerika mahu memastikan kekalahan strategik Moscow, namun tiada peluang memastikan matlamat itu berjaya.



"Semua senjata asing yang dihantar ke Ukraine di medan perang akan dimusnahkan," katanya seperti dilaporkan TASS. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >