Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Anak bisu, pekak diberi peluang raih didikan agama

Pesantren di Jawa Tengah bantu anak-anak kurang bernasib baik pelajari agama, baca Al-Quran dengan bahasa isyarat
Jul 07, 2022 | 06:38 AM



PRIHATIN tentang keadaan anak-anak di Indonesia yang bisu dan cacat pendengaran, ketinggalan dalam mendapatkan pendidikan agama, seorang ustaz, Haji Abu Kahfi, mengambil inisiatif menubuhkan sebuah pesantren, atau dipanggil juga madrasah berasrama.



Pusat pengajian yang terletak di Kecamatan Srandakan, Jogjakarta, Jawa Tengah, itu berfungsi membantu anak-anak kurang bernasib baik tersebut mempelajari agama dan membaca Al-Quran dengan menggunakan bahasa isyarat.



Ditubuhkan pada September 2019, Madrasah Tuli Darul Ashom itu kini mempunyai 12 tenaga pengajar dengan 116 murid lelaki dan perempuan berusia antara 8 tahun dengan 20 tahun.



Mereka datang dari beberapa wilayah di Indonesia, negara yang berpenduduk Islam paling ramai di dunia.



Antaranya datang dari Aceh, Medan, Batam, Sulawesi, Kalimantan dan wilayah lain lagi.



Ustaz Abu Kahfi, 47 tahun, selaku pengasas, berharap sekolah itu akan dapat memudahkan generasi akan datang mempelajari Islam.



"Sekarang ini, kebanyakan orang dewasa yang bisu dan cacat pendengaran hampir tidak mempunyai pengetahuan agama yang mendalam kerana sejak kecil dan dalam usia persekolahan mereka tidak pernah belajar," ujarnya.



Menerusi wawancara telefon jarak jauh semalam dengan Berita Harian, Ustaz Abu Kahfi menarik perhatian bahawa minat terhadap sekolah yang ditubuhkannya begitu cepat meluas.



"Kami berusaha agar pelajar ini berupaya mengaji sahih dan fasih dan menjadikan mereka lebih bertakwa," ujarnya.



Ustaz Abu Kahfi juga berkata kebanyakan orang tidak melihat potensi anak-anak kurang upaya seperti ini.



"Tetapi setelah diberi bimbingan yang betul, masya-Allah, kemampuan mereka cukup luar biasa," ujar Ustaz Abu Kahfi.



Di Indonesia, kurikulum di sekolah-sekolah awam agak terbatas dalam menyediakan pembelajaran agama kepada murid kurang upaya seperti itu.



Hanya tiga daripada 10 orang kanak-kanak cacat yang dapat ke sekolah, menurut satu kajian oleh agensi kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Tabung Bantuan Darurat Kanak-Kanak PBB (Unicef).



Pelajar yang mengalami cacat pendengaran dan bisu biasanya memerlukan sekitar lima tahun untuk mampu membaca atau menghafal Al-Quran di sekolah.



"Sekarang saya sudah boleh menghafal Al-Quran 30 juz," kata seorang pelajar berusia 10 tahun, Muhammad Farhad, yang ingin menjadi ustaz supaya dia dapat berkongsi pengetahuannya dengan orang lain.



Beberapa murid lain juga telah mula menghafal Al-Quran antara empat juz dengan sembilan juz.



Menurut Ustaz Abu Kahfi lagi, buat masa ini, yang mengajar di pesantren tersebut adalah anak-anak dan menantu beliau sendiri.



"Mereka hafiz dan hafizah. Dua anak lelaki, seorang anak perempuan serta menantu lelaki saya menyelenggarakan kelas-kelas di situ.



"Menantu lelaki saya juga berperanan sebagai pensyarah," jelas Ustaz Abu Kahfi.



Selain memberi pendidikan agama, pesantren itu turut mengajar mata pelajaran lain, termasuk sukan dan riadah.



Mereka turut dilatih menghafal setiap huruf Al-Quran yang disusun menjadi kalimat dengan bahasa isyarat," ujarnya.



Ustaz Abu Kahfi juga memberitahu bahawa asrama yang disediakan untuk pelajar lelaki dan perempuan berupa rumah yang disewa.



"Insya-Allah kami akan berusaha agar mempunyai bangunan sendiri pada masa hadapan," ujarnya lagi.



Beliau berasa amat bersyukur kerana sejauh ini walaupun belum ada bantuan daripada pemerintah, sebahagian besar dana datang daripada sumbangan masyarakat dan daripada orang tua pelajar.



Indonesia mempunyai puluhan ribu sekolah/madrasah berasrama (pondok pesantren) yang biasanya menyediakan peluang pendidikan kepada kanak-kanak, termasuk daripada keluarga miskin.



Namun, Madrasah Tuli Darul Ashom dipercayai satu-satunya di Indonesia yang mengajar pelajar bisu dan cacat pendengaran.



"Kami amat mengalu-alukan pelajar dari luar wilayah dan malah dari luar Indonesia juga," kata Ustaz Abu Kahfi lagi.



Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lungsuri www.darulashom.com atau hubungi langsung pengasasnya melalui e-mel: abiasiah74@gmail.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >