SUBANG JAYA: "Selagi tidak tengok de ngan mata saya sendiri serpihan atau bukti pesawat berkenaan terhempas, saya percaya ayah masih hidup," demikian luahan anak bongsu juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah.
Encik Ahmad Seth Zaharie, 26 tahun, berkata beliau tidak terkejut apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan perjalanan MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing berakhir di selatan Lautan Hindi memandangkan pesawat berkenaan sudah lebih dua minggu dilaporkan hilang.