KUALA LUMPUR: Selepas anak ketua pembangkang Anwar Ibrahim, Cik Nurul Izzah Anwar, bermalam di lokap, polis akan memanggil adiknya, Cik Nurul Nuha, untuk memberikan keterangan berhubung perhimpunan #Kitalawan pada 7 Mac lepas.
Cik Nurul Nuha berkata polis memberitahunya, selepas Cik Nurul Izzah, beliau akan turut disiasat berhubung perhimpunan yang dihadiri lebih 5,000 penyokong di depan kompleks beli-belah Sogo, minggu lalu.