Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak Krakatau muntah debu, lahar

Jul 20, 2018 | 12:21 PM



JAKARTA: Sebuah gunung berapi lagenda Indonesia dikenali sebagai 'anak Krakatau' meletus semalam, mengeluarkan kepulan debu tinggi ke udara ketika lahar cair menuruni puncaknya.



Anak Krakatau, pulau gunung berapi kecil yang muncul dari lautan setengah kurun selepas letusan maut Krakatau pada 1883, kini aktif kembali sejak beberapa minggu lalu, mengeluarkan batuan api dan debu dari kawahnya.



Tiada siapa hidup di Krakatau, yang membentuk kepulauan kecil di Selat Sunda antara pulau Jawa dan Sumatera, namun puncaknya adalah tarikan popular pelancong.



Agensi geologi Indonesia tidak menaikkan tahap amaran untuk gunung berapi itu, bagaimanapun zon larangan satu kilometer diwujudkan di sekeliling puncaknya.



Apabila Krakatau meletus pada kurun ke-19, letusan debu, batu dan asap menjulang lebih 20 kilometer ke udara, menyebabkan rantau itu diselubungi kegelapan dan mencetuskan tsunami besar yang dirasai di seluruh dunia. Bencana itu mengorbankan lebih 36,000 orang. -AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >