Subuh
5:46
Syuruk
7:04
Zuhur
1:10
Asar
4:27
Maghrib
7:13
Isyak
8:24

Anak kucing dua wajah tarik perhatian di media sosial

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Anak kucing dua wajah tarik perhatian di media sosial

Dec 24, 2017 | 02:44 PM

Seekor anak kucing berusia 12 hari di Afrika Selatan menarik perhatian di pelbagai pelosok dunia kerana ciri luar biasanya.

Bettie Bee adalah anak kucing mempunyai dua muka, dua hidung, dua mulut dan tiga mata.

Newsweek melaporkan bahawa kucing betina itu dilahirkan di sebuah rumah di Eastern Cape pada 12 Disember di tempat sampah bersama dua anak kucing biasa.

Dengan keinginan memeliharanya, pemilik Bettie Bee membawanya kepada seorang penyelamat berdekatan yang berpengalaman menjaga kucing dengan keperluan khas.

Penyelamatnya, yang enggan dikenali, mula memberinya makan melalui tiub dan mendapati kedua-dua mulutnya berfungsi dan tersalur ke perut.

Laman Facebook yang didedikasikan untuk merakam perkembangan Bettie Bee dimulakan oleh penyelamatnya setelah lebih banyak orang menjadi tertarik dengan kisahnya yang unik.

Ia sudah mendapat lebih 26,800 'suka' (likes), dengan ratusan komen setiap hari supaya berusaha menghadapi sebarang kemungkinan.

Penyelamatnya berkata di Facebook bahawa Bettie Bee membesar dengan baik.

Gambarnya pada usia  10 hari menunjukkan ia seberat 200g,  "berat badan yang baik" bagi anak kucing pada usia itu, tulis penyelamatnya.

"Ia hebat,  unik dan ceria, dan kelihatan bersemangat untuk hidup," kata penyelamatnya kepada Daily Mail Australia.

"Anda tidak boleh membunuhnya - ia bersemangat, tidak sakit ...  saya mahu memberinya peluang."

Kucing jenis Janus bernama Frankenlouie memegang gelaran Rekod Dunia Guinness sebagai kucing hidup paling lama.

Ia dimasukkan ke buku rekod pada umur 12 tahun, dan mati pada 2014 pada usia 15 tahun.

 

 

 

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3