Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak maut digilis bila ibu tak sedar anak berada di depan kereta

Feb 16, 2018 | 05:30 AM



PASIR GUDANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun terbunuh selepas dilaporkan terlanggar oleh ibunya dalam satu kemalangan menyedihkan di luar rumah mereka di Jalan Ketapang, Taman Rinting, Masai, Johor.



Kanak-kanak itu dikatakan meninggal dunia ketika tiba di Hospital Penawar Pasir Gudang kelmarin.



Seorang rakan keluarga tersebut berkata, ibunya, yang berusia 30-an tahun, tidak menyedari bahawa anaknya berada di depan kereta Perodua Alza ketika dia dilanggar dan diseret kira-kira 10 meter, dalam kejadian pada 12.30 tengah hari itu.



"Dia sangkakan anak bongsunya itu berada di dalam rumah dengan empat adik perempuannya. Suaminya juga berada di rumah pada masa itu.



"Dia hanya mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena selepas memandu selama beberapa meter.



"Apabila dia keluar dari kenderaannya, dia terkejut melihat anaknya di bawah kenderaan itu," kata sahabat keluarga itu, yang enggan namanya disebut.



Beliau berkata keluarga itu kemudiannya bergegas membawa kanak-kanak itu ke hospital tetapi terlambat.



Apabila dihubungi, ibu kanak-kanak itu berkata beliau pada mulanya menyangka beliau menyeret sampah yang tersangkut di bumper depan keretanya.



"Saya masih keliru dengan apa yang berlaku. Apabila saya meninggalkan rumah, dia masih berada di rumah," katanya.



Timbalan ketua polis Seri Alam, Timbalan Superintenden Norazam Shaari, mengesahkan kejadian itu. - NEW STRAITS TIMES.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >