Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Anak, menantu meninggal dek kemalangan saat akhir sebelum ke Tanah Suci

Jul 24, 2019 | 08:16 AM



PETALING JAYA: Walaupun berdepan dugaan hebat kehilangan anak dan menantu serentak dalam kemalangan jalan raya semalam, Encik Zakaria Tajuddin dan isteri, Cik Halimah Mohd Isa, tetap akan berangkat ke Makkah bagi menunaikan haji, hari ini.



Malah, menantu pasangan itu, Allahyarhamha Nur Syuhadah Zaini, 31 tahun, sudah mengambil cuti untuk menghantar pasangan tersebut yang kini menginap di Kompleks Tabung Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai persediaan untuk berlepas ke Tanah Suci.



Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila Allahyarhamha Syuhadah dan suaminya yang juga anak Encik Zakaria, Allahyarham Muhammad Hamadi, 31 tahun, meninggal dunia apabila motosikal berkuasa tinggi yang mereka naiki terbabas ketika cuba mengelak dua motosikal lain dalam kemalangan di Lebuhraya Persekutuan, hala ke ibu negara, pada 8.30 pagi semalam.



Menurut laporan BH Online, pasangan yang tinggal di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor itu, meninggal dunia di tempat kejadian. Mereka meninggalkan dua anak, Hani Safina, 2 tahun, dan Hanna Safiyyah, 6 tahun.



Kemalangan di lorong motosikal lebuh raya itu turut menyebabkan dua lagi penunggang motosikal dalam keadaan parah.



Encik Zakaria berkata beliau reda dengan ketentuan Allah dan tetap akan berangkat ke Makkah bersama isterinya.



“Penerbangan dijangka jam 4 petang, semua urusan perlu dimulakan 11 pagi esok…apa yang terjadi hari ini semua perancangan Allah dan saya terima ketentuan Allah dengan reda,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >