JAKARTA: Selepas bertahun-tahun cuba ''menyembunyikan'' anak tunggalnya, Encik Didit Hediprasetyo, daripada kaca mata awam, calon Presiden Indonesia, Encik Prabowo Subianto, secara terbuka mengiktiraf anaknya, pereka yang terkenal di peringkat antarabangsa, selepas pencabarnya menyebut mengenai industri kreatif sewaktu perdebatan Presiden, Ahad lalu.
Perdebatan sengit antara Encik Prabowo dengan Encik Joko Widodo (Jokowi) berubah apabila Encik Jokowi, sebagai respons kepada pandangan Encik Prabowo mengenai ekonomi kreatif, mengkritik pemerintah kerana kurang menyokong industri kreatif.