Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TERPERANGKAP DALAM GUA DI THAILAND

'Anak saya tidak bawa sebarang makanan ringan ke gua'

Mangsa hanya bergantung pada air yang menitis daripada batu
Jul 14, 2018 | 05:30 AM



BANGKOK: Ibu kepada kanak-kanak paling muda yang diselamatkan dari sebuah gua di Chiang Rai di utara Thailand berkata anaknya memberitahu beliau pasukan itu hanya mahu menghabiskan masa satu jam di situ dan tidak membawa sembarang makanan.



Ini bertentangan dengan laporan awal sebelumnya yang melaporkan 12 budak lelaki itu dan seorang jurulatih bola sepak mereka memasuki gua Tham Luang untuk menyambut hari ulang tahun salah seorang daripada mereka dan makanan ringan yang mereka bawa yang membantu mereka bertakat.



Cik Ikan Wiboonroongruang memberitahu akhbar Bangkok Post kelmarin bahawa beliau telah bercakap dengan anaknya, Chanintr, 11 tahun, yang kini di bawah kuarantin di hospital bersama kawan-kawannya daripada pasukan bola sepak Wild Boars yang terperangkap dalam gua Tham Luang.



Semua 12 budak lelaki itu dan jurulatih mereka diselamatkan dalam misi besar-besaran antarabangsa berbahaya dari Ahad hingga Selasa lalu - lebih dua minggu selepas mereka memasuki gua tersebut pada 23 Jun dan tidak dapat keluar disebabkan hujan lebat membanjiri gua itu.



Cik Ikan, 33 tahun, berkata anaknya berkata pasukan itu pergi ke gua berkenaan untuk bersenang-senang selepas latihan bola sepak dan tidak membawa sembarang makanan kerana mereka tidak berniat berasa lama di situ.



"Lepas tiga malam pertama tanpa makanan dalam gua itu, anak saya berasa sangat lapar dan menangis.



"Dia terpaksa bergantung hanya pada air yang menitis daripada batu," katanya.



"Suhu sangat sejuk pada waktu malam, dan gelap gelita. Mereka terpaksa duduk berkerumun.



"Jurulatih mereka memberitahu mereka supaya melakukan meditasi untuk membantu mengurangkan rasa lapar dan menjimatkan tenaga," cerita beliau.



Jurulatih mereka, Encik Ekkapol Chantawong, 25 tahun, dipuji pasukan Seal Angkatan Laut Thailand kerana membantu budak-budak itu bertakat dan tenang dengan mengajar mereka cara meditasi bagi menjimatkan tenaga mereka.



Beliau juga membantu mereka menahan lapar dengan meminum air yang menitis dari tembok gua tersebut.



Encik Banphot Konkham, bapa seorang lagi kanak-kanak, Duangthep Phromthep, 13 tahun, berkata anaknya memberitahunya bahawa jurulatih itu juga menggunakan lampu suluh untuk mencari air dalam gua tersebut.



Menurut pegawai kesihatan kanan Thailand, semua budak itu kini sedang pulih dengan cepat.



Akhbar The Nation melaporkan bahawa kejadian gua Tham Luang itu menonjolkan juga isu 500,000 penduduk tanpa kerayaktan di Thailand, memandangkan Encik Ekkapol dan dua budak dalam kumpulan itu, Pornchai Kamluang dan Adul Sam-on, tidak mempunyai kerayatan.



Penduduk tanpa kerakyatan, kebanyakannya etnik minoriti yang tinggal berhampiran kawasan sempadan, terpaksa menghadapi pelbagai batasan dalam banyak aspek kehidupan mereka kerana mereka dinafikan beberapa hak dan peluang.



Para aktivis mengatakan ramai orang tanpa kerakyatan perlu menunggu selama 10 tahun untuk mendapatkan kewarganegaraan Thailand dek proses pengesahan lembap.



Bagi Encik Ekkapol, misalnya, walaupun disanjung kerana membantu menjaga budak-budak itu di dalam gua selama sembilan hari sebelum mereka ditemui, beliau tidak berjaya mendapatkan kelayakan jurulatih penuh. Encik Ekkapol adalah daripada etnik Tai Lue.



Status beliau dan dua budak itu yang tidak mempunyai kerakyatan juga bermakna mereka besar kemungkinan tidak dapat menerima undangan pasukan bola sepak Manchester United untuk melawat kelab England itu pada musim depan.



Dua budak itu juga tidak boleh menjadi pemain bola sepak profesional kerana status mereka.



Bagaimamapun, Kementerian Dalam Negeri Thailand dan Jabatan Kanak-Kanak dan Belia telah berjanji akan memberi mereka bantuan guaman dalam proses pengesahan kewarganegaraan.



Sekiranya semuanya berjalan lancar, mereka semua akan mendapat kerakyatan Thai dalam tempoh enam bulan.




"Lepas tiga malam pertama tanpa makanan dalam gua itu, anak saya berasa sangat lapar dan menangis.

Dia terpaksa bergantung hanya pada air yang menitis daripada batu.

Suhu sangat sejuk pada waktu malam, dan gelap gelita. Mereka terpaksa duduk berkerumun."

- Cik Ikan Wiboonroongruang, ibu salah seorang budak lelaki yang terperangkap dalam gua.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >