KUALA LUMPUR: Pelbagai reaksi membanjiri media sosial selepas pengumuman senarai anggota Kabinet baru kelmarin, lebih-lebih lagi selepas Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri baharu menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Reaksi netizen di media sosial menyebabkan anak perempuan Datuk Zahid, Cik Nurul Hidayah, tampil menyatakan sokongan kepada ayahnya menerusi laman sosial Instagramnya, lewat malam kelmarin.