Ancaman bom paksa pelajar universiti di Canada dipindah

MONTREAL: Satu ancaman bom yang menyasarkan pelajar Islam memaksa lebih 4,000 pelajar dipindahkan dari kampus di Universiti Concordia yang terletak di pusat bandar, di sini, semalam.

Kumpulan yang menggelarkan diri mereka "underground" chapter of C4 atau majlis konservatif warga Canada di universiti itu menghantar e-mel kepada pentadbiran universiti dan media tempatan, bagi memberi amaran kepada pelajar Islam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan