Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ancaman larangan AS meningkat selepas TikTok disoal di Kongres

Mar 25, 2023 | 03:09 PM



WASHINGTON: Satu larangan oleh Amerika Syarikat ke atas media sosial paling popular bagi golongan muda, TikTok yang dimiliki China, seolah-olah tidak dapat dielakkan sehari selepas soal jawab oleh penggubal dasar Washington ke atas ketua eksekutif syarikat itu.



Namun pentadbiran Biden perlu mengorak langkah dengan berhati-hati dalam menafikan 150 juta warga muda Amerika daripada platform favorit mereka itu yang ada kaitan dengan China, terutamanya selepas satu usaha oleh bekas presiden mereka, Encik Donald Trump, ditolak mahkamah Amerika Syarikat.



Ketua TikTok, Encik Chew Shou Zi, dilemparkan pelbagai soalan yang bertubi-tubi – dan sering kali dicelah – oleh penggubal dasar Amerika yang jelas dengan pandangan mereka bahawa aplikasi yang dikenali dengan perkongsian jenaka dan rutin tarian itu merupakan satu ancaman kepada keselamatan nasional Amerika Syarikat selain membahayakan kesihatan mental.



Dalam satu catatan Tweeter, eksekutif TikTok, Cik Vanessa Pappas, menganggap perbicaraan itu sebagai xenofobia.



Dengan kededua parti Republikan dan Demokrat menentangnya di Kongres, Encik Chew kini perlu berhadapan dengan kata putus Rumah Putih agar TikTok putuskan hubungannya dengan ByteDance yang merupakan pemiliknya dari China, atau berhadapan dengan larangan di Amerika.



Larangan itu akan bergantung kepada arahan perundangan yang diberi nama Akta Sekatan, satu Rang dwipartisan yang diperkenalkan di Senat bulan ini yang memberi Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kuasa untuk melarang teknologi asing daripada mengancam keselamatan nasional.



Apabila ditanya tentang perbicaraan melibatkan Encik Chew, setiausaha akhbar Rumah Putih Cik Karine Jean-Pierre, mengulangi sokongan Rumah Putih terhadap perundangan tersebut, yang merupakan satu daripada beberapa saranan oleh Kongres untuk melarang atau memberi tekanan ke atas TikTok.



Arahan dijual atau hadapi larangan itu meranapkan perbincangan selama dua setengah tahun antara Rumah Putih dengan TikTok bagi mencari jalan syarikat itu terus beroperasi di bawah pemiliknya masa kini sedang ia memenuhi kebimbangan keselamatan nasional. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >