Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ancaman paling tadah ahli politik kanan Umno gocak Terengganu lagi

Aug 05, 2016 | 08:59 AM



KUALA TERENGGANU: Terengganu sedang bergolak sekali lagi, dengan ahli politik kanan Umno yang sama mengancam akan berpaling tadah.



Mantan menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, yang marah kerana diketepikan oleh pemimpin semasa negeri itu, mengancam beliau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain mungkin menarik balik sokongan mereka kepada kerajaan, sekali gus menyebabkan badan perundangan itu tergantung.



Umno mempunyai 17 kerusi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Terangganu, dengan parti pembangkang Parti Islam SeMalaysia (PAS) mempunyai 14 dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) satu.



Kehilangan sokongan daripada Datuk Seri Ahmad dan Adun Umno lain akan membawa kepada DUN tergantung 15-15, dan mungkin memaksa Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu.



Datuk Seri Ahmad mendapat sokongan daripada ADUN kanan Umno, Encik Ghazali Taib, untuk berpaling tadah. Ini bukan kali pertama bekas menteri besar itu mengancam akan meninggalkan Umno.



Beliau digugurkan sebagai menteri besar pada Mei 2014, apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak penyokong setia beliau di jawatan itu selepas memenangi pilihan raya umum 2013.



Tetapi Datuk Seri Ahmad enggan berundur secara senyap-senyap.



Perkembangan terbaru berlaku apabila beliau mendapat tahu penggantinya, Encik Ahmad, cuba membuat beliau dipecat daripada Umno.



"Bayangkan jika saya meninggalkan parti itu sekarang. Dalam masa 24 jam, dia tidak akan menjadi MB (menteri besar) lagi. Apakah dia sedar ini?" kata Datuk Seri Ahmad kepada akhbar The Star minggu lepas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >