Singapura tidak boleh menolak kemungkinan virus Zika sedang dalam perjalanan ke sini, kata Menteri Negara Kanan Kesihatan Amy Khor bulan lalu. Ini kerana kes-kes virus Zika telah dilaporkan di negara-negara jiran. Dr Khor, yang juga Menteri Negara Kanan bagi Sekitaran dan Sumber Air, berkata virus itu disebarkan oleh nyamuk Aedes aegypti, yang juga penyebab demam denggi yang menjadi perkara biasa di sini.
"Singapura juga terdedah kepada potensi kedatangan virus Zika juga kerana warga banyak melancong sekitar rantau ini dan sudah tentu terdapat pelancong dari luar negara,” katanya.