Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

Anggota Apec bimbang kesan krisis kemanusiaan

Ulangi pentingnya patuhi peraturan antarabangsa yang jadi teras kedamaian rantau Asia Pasifik
May 24, 2022 | 05:30 AM



BANGKOK: PARA perwakilan dari tujuh negara, termasuk yang keluar meninggalkan mesyuarat para menteri Asia Pasifik di Bangkok bagi membantah pencerobohan Russia ke atas Ukraine, berkata kelmarin mereka menyokong pihak penganjur dan tuan rumah Thailand.



Perwakilan dari Amerika Syarikat, Australia, Canada, Chile, Jepun, Korea dan New Zealand berkata dalam satu kenyataan bersama bahawa mereka "amat prihatin" terhadap krisis kemanusiaan itu.



"Sambil mengulangi ketegasan terhadap pentingnya mematuhi peraturan antarabangsa yang menjadi teras bagi keterbukaan, berdaya tahan dan kedamaian rantau Asia Pasifik, kami dengan tegasnya menggesa Russia supaya segera menghentikan tindakan kekerasan dan mengundurkan sepenuhnya tanpa sebarang syarat pasukan tenteranya dari Ukraine,'' menurut kenyataan negara-negara berkenaan.



Perwakilan dari Canada, New Zealand, Jepun dan Australia menyertai Amerika yang dipimpin oleh Perwakilan Perdagangan Amerika, Cik Katherine Tai, keluar meninggalkan mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (Apec) itu pada Sabtu lalu.



Pemulauan itu dilakukan semasa Menteri Ekonomi Russia, Encik Maxim Reshetnikov, sedang menyampaikan ucapan di pembukaan mesyarat dua hari kumpulan ekonomi 21 buah negara.



Para perwakilan dari lima buah negara yang keluar itu kemudian kembali ke dewan mesyuarat setelah Encik Reshetnikov selesai berucap, kata seorang pegawai Thailand.



Mesyuarat para menteri perdagangan Apec itu gagal mengeluarkan kenyataan bersama seperti yang biasa dilakukan, sehari selepas Amerika dan Russia saling memulaukan antara satu sama lain dengan keluar meninggalkan mesyuarat apabila perwakilan masing-masing menyampaikan ucapan.



Blok 21-negara anggota itu gagal mengeluarkan kenyataan bersama di Bangkok gara-gara ketiadaan kesepakatan dalam kalangan beberapa negara anggota, kata Menteri Perniagaan Thailand, Encik Jurin Laksanawisit, dalam satu kenyataannya kelmarin.



Para anggota kumpulan ekonomi itu sebaliknya meminta Thailand membuat kenyataan selaku pengerusi.



Awal dari itu, pada Sabtu lalu Encik Jurin menyuarakan harapan agar mesyuarat tersebut terus membuat kemajuan dalam perbincangan-perbincangan penting mengenai isu-isu perdagangan dan sebaik mungkin mengeluarkan satu kenyataan bersama.



Tetapi perselisihan pendapat mengenai beberapa bahagian tertentu memaksa kenyataan tersebut tidak dapat dikeluarkan, katanya.



Russia berkata percubaan beberapa negara anggota Apec mempolitikkan mesyuarat itu adalah penyebab tiadanya kesepakatan dan gagal membuat kenyataan bersama seperti yang diharapkan. - Agensi berita.




"Sambil mengulangi ketegasan terhadap pentingnya mematuhi peraturan antarabangsa yang menjadi teras bagi keterbukaan, berdaya tahan dan kedamaian rantau Asia Pasifik, kami dengan tegasnya menggesa Russia supaya segera menghentikan tindakan kekerasan dan mengundurkan sepenuhnya tanpa sebarang syarat pasukan tenteranya dari Ukraine.''
- Kenyataan bersama Amerika Syarikat, Australia, Canada, Chile, Jepun, Korea dan New Zealand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >