Anggota IS pernah ugut mahu bom pejabat Mufti N. Sembilan

KUALA LUMPUR: Salah seorang daripada tiga anggota kumpulan IS yang ditahan pada Jumaat lalu hingga Isnin di Pahang dan ibu negara mengaku pernah mengugut untuk melancarkan serangan bom ke atas Jabatan Mufti Negeri Sembilan yang didakwanya tidak mengikut syariat Islam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata lelaki berusia 38 tahun itu juga pernah mengugut mahu melakukan pengeboman di beberapa kawasan di sekitar ibu negara.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan