Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angin kencang sebabkan kebakaran, penerbangan ke Sydney terjejas

Sep 09, 2019 | 04:08 PM



MELBOURNE - Angin kencang yang melanda dua negeri di Australia menyebabkan satu kebakaran di kawasan hutan belantara pada Isnin (9 September).



Kebakaran itu telah menjejas ribuan hektar tanah, kata pegawai pasukan bomba yang bertugas.



Angin kencang juga telah menghambat beberapa penerbangan yang ingin mendarat di Sydney, iaitu lapangan terbang yang paling sibuk di negara tersebut.



Malah, satu landasan berlepas ditutup selama tiga jam pada pagi Isnin, kata Perkhidmatan Udara Australia.



Menurut laporan Reuters, kebakaran hutan belantara bermula lebih awal daripada biasa di negeri Queensland dan New South Wales, iaitu pada musim bunga, justeru menyebabkan amaran api dikeluarkan menjelang musim panas, yang berlangsung dari Disember hingga Februari.



"Kebakaran (yang bermula) seawal ini belum pernah berlaku," kata Encik Neil Gallant, timbalan pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba dan Kecemasan Queensland.



"Kami sangat prihatin tentang keadaan api menjelang beberapa bulan akan datang, kami mungkin akan terus menghadapi kebakaran seperti ini," katanya kepada Australian Broadcasting Corp TV.



Pada Isnin, lima rumah disahkan musnah, dengan lima lagi terjejas teruk di kawasan New South Wales (NSW), manakala lebih 200 rumah berjaya diselamatkan daripada dijilat api, menurut Perkhidmatan Bomba Luar Bandar NSW. -Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >