Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Angka kematian hotel kuarantin di China yang roboh kini cecah 20 orang

Mar 10, 2020 | 1:23 PM
SELAMATKAN MANGSA: Pekerja menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki dari runtuhan Hotel Xinjia di Quanzhou, China pada 9 Mac 2020.
SELAMATKAN MANGSA: Pekerja menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki dari runtuhan Hotel Xinjia di Quanzhou, China pada 9 Mac 2020. - - Foto CHINA DAILY/ ASIA NEWS NETWORK

BEIJING: Angka kematian akibat keruntuhan sebuah hotel yang digunakan sebagai kemudahan kuarantin koronavirus di timur China telah meningkat kepada 20 orang, kata pihak berkuasa pada Selasa (10 Mac). Seramai 10 orang lain dikhuatiri masih terperangkap dalam runtuhan itu. Seramai 41 mangsa yang ditarik keluar dari runtuhan itu mengalami kecederaan, kata Kementerian Pengurusan Kecemasan dalam sidang akhbar pada hari Selasa. Bangunan di bandar tepi pantai Quanzhou itu telah diguna semula sebagai tempat untuk kuarantin orang-orang yang baru pulang dari kawasan yang dilanda teruk oleh virus Covid-19, menurut akhbar tempatan Quanzhou Evening News. Pada malam Isnin (9 Mac), seorang lelaki berusia 10 tahun dan ibunya diselamatkan 52 jam selepas terperangkap di runtuhan. - AFP, Xinhua.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg