Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angka kematian Rohingya mungkin lebih 1,000: Pegawai PBB

Feb 10, 2017 | 10:01 AM



COX'S BAZAR (Bangladesh): Lebih 1,000 Muslim Rohingya mungkin terbunuh dalam tindakan keras tentera Myanmar, menurut dua pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang mengendalikan pelarian yang melarikan diri daripada keganasan.



Ini menunjukkan jumlah kematian jauh lebih besar daripada yang dilaporkan sebelum ini.



Para pegawai itu, daripada dua agensi PBB berasingan yang bertugas di Bangladesh, tempat hampir 70,000 orang Rohingya melarikan diri dalam beberapa bulan kebelakangan, berkata mereka bimbang dunia luar tidak memahami sepenuhnya tahap krisis yang berlaku di negeri Rakhine di Myanmar.



"Perbincangan hingga sekarang ialah ratusan kematian. Ini mungkin lebih rendah. Kita mungkin berdepan dengan ribuan," kata salah seorang pegawai itu, yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiar.



Kedua-dua pegawai, dalam wawancara berasingan, menyebut bukti yang dikumpul oleh agensi mereka daripada pelarian sejak empat bulan lalu untuk menyimpulkan bahawa jumlah kematian mungkin melebihi 1,000.



Jurucakap presiden Myanmar, Encik Zaw Htay, berkata laporan terkini daripada komander tentera ialah kurang 100 orang dibunuh dalam satu operasi bagi menangani pemberontakan terhadap militan Rohingya yang menyerang pos sempadan polis Oktober lalu.



Ditanya mengenai komen para pegawai PBB itu, beliau berkata: "Angka mereka lebih besar daripada angka kami. Kami perlu periksa di lapangan."



Selain maklumat daripada dua pegawai PBB itu, laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) Jumaat (3 Feb) lalu mengisahkan tentang pembunuhan ramai-ramai dan perkosaan beramai-ramai oleh tentera di barat Myanmar sejak beberapa bulan kebelakangan.



Pejabat PBB itu berkata perbuatan tersebut mungkin merupakan jenayah terhadap kemanusiaan.



Kerajaan Myanmar pimpinan Cik Aung San Suu Kyi berkata minggu lepas ia akan menyiasat dakwaan tersebut. Ia sebelum ini menafikan hampir semua tuduhan pembunuhan, rogol dan membakar. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >