Angka kematian sedunia kini cecah lebih 2 juta, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

COVID-19

Angka kematian sedunia kini cecah lebih 2 juta

Jan 17, 2021 | 05:30 AM

SEOUL: Korea Selatan akan melanjutkan tempoh pematuhan arahan penjarakan sosial di ibu kota dan kawasan sekelilingnya bagi tempoh dua minggu mendatang ini.

Contohnya, lebih empat orang dilarang berkumpul dan warga dinasihatkan supaya tidak memandang remeh terhadap keadaan di negara sungguhpun jumlah kes dilaporkan berkurangan.

Menurut Menteri Kesihatan dan Kebajikan Kwon Deok-cheol dalam satu taklimat semalam, langkah sedia ada sepatutnya berakhir hari ini.

Namun, sekatan ke atas beberapa jenis perniagaan akan dilonggarkan tetapi secara perlahan-lahan seperti gimnasium dan kafe.

Kelonggaran itu dikenalkan demi mengurangkan kesan kewangan ekoran larangan yang dikenakan dan memastikan langkah pencegahan yang dikuatkuasakan bersifat adil, ujar menteri tersebut.

Discover Malay Home Based Businesses

Kafe dan restoran bagaimanapun tetap perlu ditutup pada 9 malam. Kelab malam dan pusat karaoke terus menjalani arahan penutupan sepenuhnya.

Demikian menurut agensi berita yang melaporkan keadaan di Korea Selatan semalam.

"Pihak pemerintah bercadang melonggarkan arahan ke atas kemudahan lain yang tidak diketengahkan hari ini setelah keadaan pandemik distabilkan," tambah Encik Kwon.

Lanjutan itu, Korea Selatan akan menguatkuasakan tempoh kuarantin khas selama dua minggu bermula 2 Februari ini menjelang cuti Tahun Baru Cina.

Tempoh tersebut diadakan demi mencegah terjadinya gelombang jangkitan seterusnya.

Pada waktu itu, pemerintah menggesa orang ramai supaya mengelakkan daripada ziarah-menziarahi saudara-mara.

Negara tersebut mencatat 580 kes baru semalam. Namun, kurang 600 kes jangkitan dilaporkan bagi enam hari berturut-turut.

Sebelum ini, jangkitan melebihi paras 1,200 kes bulan lalu.

Secara keseluruhannya, Korea Selatan mencatat jumlah jangkitan sebanyak 71,820 kes dan 1,236 kematian.

Lebih 60 peratus kes jangkitan domestik berasal daripada Seoul dan kawasan sekeliling, iaitu kawasan perumahan bagi setengah daripada 52 juta warganya.

PERKEMBANGAN DUNIA

Sehingga akhbar ini dicetak dinihari tadi, dunia sudah mencatat lebih 2 juta kematian akibat pandemik Covid-19.

Tahap jangkitan sedunia pula mencecah lebih 93.4 juta kes, menurut kajian Universiti Johns Hopkins seperti dilaporkan agensi berita.

Meskipun banyak negara sudah memulakan proses vaksinasi secara meluas, keadaan pandemik kekal mencabar ekoran timbulnya varian baru virus itu di beberapa tempat.

Menurut perangkaan terkini, Amerika Syarikat masih mengalami jumlah kes jangkitan dan kematian tertinggi di dunia, iaitu 23,491,421 kes dan 391,540 jiwa.

Negara kedua yang teruk terjejas ialah India dengan jumlah kes mencecah 10,527,683.

Negara selanjutnya ialah Brazil dengan 8,393,492 kes dan jumlah kematian kedua tertinggi di dunia iaitu 208,246 jiwa.

Negara yang menghadapi lebih 2 juta kes jangkitan termasuk Russia, Britain, Perancis, Turkey, Italy, Sepanyol dan Jerman.

Selain itu, negara yang menghadapi jumlah kematian melebihi 50,000 jiwa termasuk India, Mexico, Britain, Italy, Perancis, Russia, Iran dan Sepanyol, menurut perangkaan Pusat Sains dan Kejuruteraan Sistem (CSSE) universiti tersebut.

Setakat ini, 38 daripada 46 negara yang sudah memulakan vaksinasi merupakan negara berpendapatan tinggi, ujar Dr Mariangela Simao, wakil Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Pemimpin WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, dalam pada itu menyeru dunia supaya membolehkan vaksin disediakan secara lebih adil kepada warga.

Beliau menekankan bahawa lebih banyak negara berpendapatan pertengahan dan rendah juga harus diberi keupayaan mendapatkan perlindungan. - Reuters, agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map