Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angka korban banjir di Jepun capai lebih 150 orang

Jul 11, 2018 | 05:30 AM



TOKYO: Angka korban akibat hujan rekod paling lebat yang melanda Jepun dan mengakibatkan banjir serta tanah runtuh meningkat kepada 156 orang tengah hari semalam, kata jurucakap kanan kerajaan.



Operasi mencari dan menyelamat terus dijalankan, dengan puluhan orang dipercayai masih hilang selepas bencana berkaitan cuaca paling buruk di Jepun dalam masa 36 tahun itu.



Penyelamat kini menggali lumpur dan runtuhan dalam perlumbaan menentang masa bagi mencari mangsa yang selamat.



Semalam, pihak berkuasa berusaha memulihkan perbekalan awam dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir, yang menghadapi risiko kesihatan akibat suhu panas dan kekurangan air.



Bekalan kuasa telah disambung semula kepada semua kecuali 3,500 pelanggan, namun lebih 200,000 orang masih tanpa bekalan air di bawah matahari terik, dengan suhu mencapai 33 darjah Celsius di beberapa kawasan paling teruk dilanda, seperti bandar Kurashiki.



Lumpur kering menutupi jalan-jalan di daerah Mabi di Kurashiki dan berterbangan apabila kenderaan menyelamat atau kereta lalu. Mangsa bercerita bahawa mereka mengalami keadaan hampir maut.



"Ia sungguh hampir. Sekiranya kami lambat lima minit, kami tidak dapat menyelamatkan diri," kata Encik Yusuke Suwa, yang melarikan diri bersama isterinya selepas tengah malam Sabtu lalu apabila perintah pindah dikeluarkan selepas banjir meningkat.



Hujan beserta banjir dan tanah runtuh di barat Jepun itu mula berlaku minggu lalu, menyebabkan Perdana Menteri Shinzo Abe membatalkan lawatan ke Belgium, Perancis, Arab Saudi dan Mesir yang dijadualkan esok, bagi menangani bencana itu.



Kira-kira dua juta orang telah dipindahkan dari rumah mereka dengan pihak berkuasa membuka dewan dan gimnasium sekolah sebagai tempat perlindungan bagi mereka.



Agensi Meteorologi memberi amaran bahawa masih ada risiko tanah runtuh, dengan bukit yang lecak dek hujan boleh runtuh, walaupun langit kian cerah.



Hujan lebat mencurah-curah pula telah digantikan oleh amaran boleh berlaku strok haba dengan suhu melonjak tinggi.



"Saya telah menyuruh keluarga saya bersedia menghadapi keadaan paling teruk," ujar Encik Kosuke Kiyohara, 38 tahun, yang belum mendengar sembarang berita daripada kakaknya dan dua anaknya.



Lebih 70,000 pekerja penyelamat, termasuk perkhidmatan bomba dan tentera, terlibat dalam usaha bantuan.



Amaran banjir masih berkuat kuasa di beberapa kawasan yang terjejas paling teruk, termasuk wilayah Okayama di bahagian selatan Jepun.



Tetapi cuaca baik dijangka dalam beberapa hari akan datang, yang mungkin membantu usaha menyelamat.



"Kami sedang memeriksa setiap rumah untuk melihat apakah ada orang masih terperangkap di dalamnya. Kami tahu ini adalah satu perlumbaan menentang masa, kami sedang berusaha sekeras yang kami boleh," kata seorang pegawai kerajaan wilayah. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >