JUMLAH mangsa yang maut dalam kejadian tsunami yang melanda banten di Jawa Barat, Indonesia Sabtu malam meningkat kepada 281 orang.
Lebih 1,000 cedera manakala seramai 57 mangsa masih lagi hilang dalam tragedi berkenaan. Ramai yang terkorban terdiri daripada pelancong.
Kenyataan dari Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) berkata tiada laporan mengenai warga Singapura yang terjejas dalam kejadian tersebut.
Gelombang tinggi dilaporkan melanda pantai barat wilayah Banten sekitar pukul 9.30 malam Sabtu.
Puluhan bangunan juga dilaporkan musnah.
Kawasan paling terjejas ialah Pandeglang, yang meliputi Taman Negara Ujung Kulon dan banyak pantai-pantai peranginan popular.