Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TAUFAN DI FILIPINA

Angka korban Taufan Rai dijangka meningkat di Filipina

Dec 20, 2021 | 05:30 AM



MANILA: Sekurang-kurangnya 75 orang terkorban dalam kejadian taufan paling buruk yang melanda Filipina tahun ini dengan sebahagian besar korban berlaku di Bohol, sebuah destinasi pelancong popular.



Gabenor wilayah tersebut, Encik Arthur Yap, dalam satu mesej yang dimuat naik menerusi video di laman Facebooknya berkata bahawa datuk-datuk bandar di pulau tersebut telah melaporkan 49 kematian sejauh ini.



Selain itu, 10 orang lagi telah dilaporkan hilang dan 13 lagi pula cedera.



"Sistem perhubungan masih melalui kerosakan. Hanya 21 datuk bandar daripada 48 telah berjaya menghubungi kami," ujarnya, sambil menarik perhatian bahawa jumlah kematian mungkin lebih tinggi daripada yang dapat dilaporkan sejauh ini.



"Adalah sangat jelas bahawa kerosakan yang dialami Bohol adalah besar dan menyeluruh," kata Encik Yap.



"Penduduk menderita dengan teruk dari segi rumah yang musnah dan kerugian pertanian," katanya sambil merayu sumbangan bantuan terutamanya air minuman.



Kelmarin, seramai 33 orang dilaporkan terkorban dengan belasan lagi tidak dapat ditemui setelah ribut itu melanda negara tersebut.



Namun, perangkaan terkini itu diperolehi setelah pegawai bencana di wilayah Negros Occidental mengesahkan 13 orang telah meninggal dunia, hampir kesemuanya akibat lemas, manakala 50 lagi masih hilang di kawasan yang ditenggelami air.



"Kami mula menggesa orang ramai supaya meninggalkan kediaman mereka seawal Rabu namun ramai yang keberatan untuk pergi," kata pegawai bencana Negros Occidental, Encik Salvador Mesa.



Meskipun demikian, lebih 300,000 orang tetap meninggalkan rumah mereka dan pusat perangingan tepi pantai setelah Taufan yang diberi nama Rai itu melanda kawasan selatan dan tengah negara itu, menjejas sistem perhubungan dan bekalan elektrik di banyak kawasan, selain memusnahkan rumah dan bangunan lain.



Taufan Rai disifatkan sebagai 'super typhoon' apabila ia mula melanda pulau pelancongan Siargao Khamis lalu, dengan kelajuan 195 kilometer sejam dan membawa bersamanya hujan lebat.



Imej dari angkasa yang dikeluarkan pihak tentera menunjukkan kemusnahan besar-besaran termasuk di bandar General Luna, di mana ramai pelancong domestik dan antarabangsa berkumpul sempena musim cuti Hari Natal.



Rai, antara taufan tropika paling berbahaya yang melanda kepulauan Filipina tahun ini.



Ia membuat sembilan pendaratan daratan, dengan jejak kemusnahan besar-besaran turut dilaporkan di wilayah Cebu, Leyte, Surigao del Norte, termasuk destinasi meluncur Siargao yang popular, dan Kepulauan Dinagat.



Foto-foto daripada Dinagat pula menunjukkan kawasan yang hampir musnah sepenuhnya.



Di bahagian selatan kepulauan tersebut, angin kencang merosakkan kira-kira 90-95 peratus rumah, 10 orang telah terkorban, menurut ketua pegawai maklumat wilayah, Encik Jeffrey Crisostomo.



Tidak jelas sama ada angka kematian itu termasuk dalam pengiraan rasmi daripada agensi bencana.



Rai telah mula beralih ke arah Laut China Selatan, tetapi lebih 400,000 orang masih berada di tempat perlindungan sementara, kata agensi bencana itu dalam kemas kini pagi Ahad.



Kira-kira 20 taufan tropika melanda Filipina setiap tahun, biasanya menyebabkan banjir dan tanah runtuh. - AFP, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >