Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Angkasawan Canada bakal ke Bulan buat kali pertama

Dec 18, 2020 | 05:30 AM



MONTREAL: Seorang angkasawan Canada akan menyertai misi ke Bulan buat kali pertama pada 2023, sebagai sebahagian projek Artemis pimpinan Pentadbiran Penerbangan dan Angkasa Lepas Kebangsaan (Nasa) Amerika Syarikat, menurut menteri bagi inovasi, sains dan perusahaan kelmarin.



"Saya bangga untuk mengumumkan satu berita pertama: Canada akan menyertai Amerika dalam misi pertama membawa kakitangan ke Bulan sejak misi Apollo, kata Menteri Navdeep Bains, dalam satu sidang media.



"Ini akan menjadikan Canada negara kedua selepas Amerika mempunyai angkasawan jauh di angkasa lepas.



Misi Artemis II akan menyaksikan satu penerbangan ujian beserta anak kapal memasuki orbit pada 2023 tetapi tidak terlibat dalam pendaratan sebenar di Bulan, menurut agensi angkasa Amerika itu.



Encik Bain tidak mengenalkan angkasawan Canada yang telah dipilih untuk misi itu.



Lapan negara - Australia, Canada, Italy, Jepun, Luxembourg, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Britain, dan Amerika - telah menandatangani satu perjanjian untuk menyertai program Artemis, yang menyasarkan membolehkan manusia pergi ke Bulan menjelang 2024.



Ia juga merancang mengadakan satu stesen angkasa di orbit Bulan, dipanggil Gateway.



Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, berkata penyertaan Canada dalam program Artemis sebahagian daripada strategi luas angkasawan, termasuk satu pelaburan CAN$2.05 bilion ($2.1 billion) setelah 24 tahun.



Nasa berharap dapat membangunkan Gateway mulai 2026. Ia akan bertindak sebagai tapak pendaratan bagi misi ke Bulan.



Artemis III akan menghantar angkasawan, termasuk wanita, ke Bulan pada 2024. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >