MENJELANG SIDANG PUNCAK AMERIKA SYARIKAT-KOREA UTARA
Antara pilihan lokasi pertemuan Trump-Kim
HOTEL SHANGRI-LA? MARINA BAY SANDS? SENTOSA?
Jun 01, 2018 | 05:30 AM
PARA pakar menyebut tiga tempat di Singapura sebagai mungkin menjadi lokasi sidang puncak Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, dan ketua Korea Utara, Encik Kim Jung: Hotel Shangri-La, Marina Bay Sands (MBS) dan Sentosa.
Hotel Shangri-La, yang terletak di kawasan pinggir bandar Orchard Road, dikatakan menjadi calon utama, menurut akhbar The Straits Times.